Khamis, Disember 08, 2011

Cara nak cari isteri.....Bace baik2..kah

1. Agama
2. Keluarga
3. Rupa
4. Harta
 

Point dekat atas ini memang normal dan selalu kita tengok yang merupakan guide line yang diberi dalam agama islam.Meh sini aku nak terangkan satu persatu point yang mungkin korang tak nampak dan mungkin agak keliru sikit di situ.


1.Agama

Jangan ingat bila korang jahil dalam agama dan dahulunya agak jahat sedikit,korang dah tak mampu untuk menjadi calon isteri yang solehah,kembali ke pangkal jalan untuk berubah.

Habis tu kalau macamtu kesian dekat mualaf yang baru masuk islam sebab diorang tak tahu menahu tentang agama,sebab tu kena faham konsep agama,maksud agama disini adalah wanita yang tahu agamanya,wanita yang mahu agamanya dan wanita yang mencari agamanya.

Maaf cakap,tapi sekarang nie terlalu ramai wanita yang menjadi wanita murahan,senang bergaul dengan lelaki dan tidak kekok bila bersama-sama dengan kawan-kawan lelaki,bertepuk sini sana,letak tangan atas bahu dah macam member-member sama jenis,jangan jadi jenis yang macam nie,aku rasa bukan tak tahu agama,tapi ambil ringan tentang agama.

Cari wanita yang mahu berubah dan mahukan agama.Tak semestinya kahwin dengan ustazah,ustazah pun ada yang murtad,hidayah itu milik Allah.


2.Keluarga

Nasab(keturunan) yang baik menjanjikan anak-anak yang baik,maksud baik disini bukan lah bila korang jenis wanita yang jahat tak mampu nak jadikan keturunan korang sebagai keturunan yang baik,ingat,korang boleh jadi titik permulaan atau titik penghabisan,semuanya up to u.

Jangan salahkan keturunan yang tak baik,tapi salahkan diri sebab tak mampu untuk jadi titik perubahan.

Cari yang pandai mengurus rumahtangga.
Sekarang nie ramai wanita yang melanjutkan pelajaran sampai ke peringat Universiti,so masa diorang lebih kepada untuk belajar dan masa untuk kerja-kerja rumahtangga dah berkurangan,tambah-tambah yang tinggal di hostel,nak memasak susah ramai kot perempuan sekarang yang tak tahu nak memasak,tolong rasa malu dengan aku yang tahu memasak.

Jangan jadikan alasan sibuk tak mampu nak memasak,cuti boleh try masak,malam bole masak.Nanti ramai yang keluar dan bekerja jadi wanita yang makan gaji dan tak pandai menguruskan rumah tangga.


3.Rupa

Awek dan Isteri yang cun tak semestinya baik perangainya,jangan dinilai dari rupa tapi nilai dari rupa paras,bermaksud perlakuan,perkertinya.

Tingkah laku dan hati budinya,jangan nilai dari kecantikan luaran sahaja(aku pun mesti nak awek yang cun kan) sebab sesetengah orang cara memandang kecantikan orang lain. berbeza-beza.

Contoh macam aku,aku minat gila dengan aweks yang chinese look,tak kira lah macamana pun,janji mata sepet dah cukup buat aku tertarik.

Macamna korang nak nilai rupa seseorang wanita?Jeng jeng jeng..

Elakkan dari berkawan dengannya!

"Yang bercahaya tidak semestinya emas dan yang cantik itu tidak semestinya permata"

Pelik kan disitu?kenapa tak boleh berkawan dengan dia?cakap nak jadikan aweks dan bakal bini,maksud berkawan nie bila kita berkawan aka couple,semestinya hanya perkara yang baik-baik akan ditunjukkan,masam jadi manis dan busuk jadi wangi,susah nak nilai dan tentu dan nilai hati si gadis,

Perempuan yang berpura-pura adalah perempuan yang sembunyikan sendawa dan kentut di depan boyfriendnya.Kalau kawin nanti kentut jugak kan depan suami?silap-silap ada pertandingan kentut di meja makan.


4.Harta

Bukannya suruh cari yang kaya raya dan kikiskan harta perempuan tu,maksud disini cari yang mampu untuk mencari rezeki tak kira dengan cara apa sekalipun asalkan halal,cari wanita yang mampu membantu suami untuk mencari rezeki,lebih bijak kalau dari rumah,sekarang dah boleh buat perniagaan online,boleh je jual kain dari rumah,suruh la suami drop by dekat pos laju nanti kalau nak buat penghantaran.

Cari yang mampu menguruskan account rumahtangga,suami tukang cari duit,isteri tolong uruskan perbelanjaan.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan