Selasa, Februari 19, 2013

Kebahagiaan sebenar

'Ada yang berpendapat mencari kebahagiaan itu ibarat mengutip serpihan kaca yang pecah. Ada yang berjaya mengutip dengan banyak dan ada yang megutip paling sedikit.Tapi tiada seorang pun yang berjaya mengutip kesemuanya. Kerana tatkala mengutipnya pasti ada yang terluka..'
Pernahkah kita bertanya dengan diri kita, adakah kita ini di antara orang yang bahagia? Mungkin ada di antara kita pada ketika ini memiliki harta yang melimpah ruah, tetapi tidak merasa bahagia. Ada pula yang memiliki kemasyhuran dan kedudukan yang tinggi, namun tidak pernah merasa bahagia.

Kalau begitu, ternyata ukuran bahagia itu tidak terletak pada banyaknya harta, bukannya pada jawatan dan kedudukan, bukan juga pada ketokohan seseorang dan juga bukan dengan peluang melancong ke merata tempat. Lalu, di manakah kebahagiaan itu, dan bagaimana pula kita dapat mengecapinya ?

Allah SWT berfirman:
Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, Maka Sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan Sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”. (Q.S.An-Nahl (16) : 97).

Telah jelas dan tegas penjelasan Allah SWT pada surat An-Nahl ayat 97 ini bahwa satu-satunya cara memperoleh kebahagiaan atau kehidupan yang baik itu adalah dengan mengerjakan amal-amal sholeh; iaitu taat pada suruhannya dan menjalankan segala perintah serta larangan-Nya.
Inilah konsep kebahagiaan yang hakiki; yaitu tujuan hidup kita di dunia ini, baik dalam belajar, bekerja, ataupun berusaha, hanya satu saja “Mendapatkan Redha Allah SWT

Isnin, Februari 04, 2013

AKU? erkk!




Tarikh aku dilahirkan dalam kedua-dua tahun hijrah dan masihi adalah sama, 18 haribulan. Ramadhan dan Februari. Tarikh yang begitu unik itu membuatkan aku berasa bertapa istimewanya aku dilahirkan di bumi ini. Alhamdulillah, segala puji hanya untuk MU ya Allah, kerana ku dilahirkan dalam keadaan sihat sempurna tanpa sebarang kecacatan.


Aku yang merupakan anak ke dua daripada 3 adik beradik, juga adalah seorang anak tunggal lelaki di dalam keluarga. Tanggungjawab yang besar ini tidak aku sedari sepanjang aku menempuh alam bayi, kanak-kanak, alam persekolahan sehinggalah aku di alam sekolah menengah. Pada tempoh masa ini, aku mula merasakan bahawa akulah satu-satunya harapan mak ayah aku. Aku tahu mereka hendak melihat aku membesar dan berjaya dalam setiap apa yang aku lakukan.

Okay, berbalik pada alam kanak-kanak. Pada alam ini, sewaktu aku berusia 5 tahun, aku mula dihantarkan oleh mak dan ayah aku di sekolah. Sekolah pertama yang menjadi tumpuan ayah aku adalah Tahfiz bukit kuda. Tapi, aku tak bertahan lama dekat situ, 4 bulan sahaja lebih kurang. Lagipun aku menghidapi sakit ‘benguk’ dalam sebulan macam tu la.


“Hazim !, Hazim nak sekolah kat situ lagi tak?” Ayah aku bertanya.

“Taknak la yah! Ajim taknak sekolah kat situ”

Okay bermula saat itu aku dipindahkan pula di Taska Abim, Shah Alam. Alhamdulillah, aku semakin selesa di situ. Kawan-kawan mula mengenali aku. Bermain bersama, gelak bersama. Apa yang aku masih ingat, rakan yang aku rapat ada 3 orang. Ahnaf Nassai’e, Salman, dan Nurshareena. Aku sering bermain dengan mereka la. Akademik dan sahsiah aku semakin menyerlah dan menarik perhatian guru-guru di situ. Sewaktu aku berumur 6 tahun, aku diberi kepercayaan oleh guru besar di situ sebagai ketua murid. Akademik aku pun selalu mendapat yang terbaik dalam setiap ujian. Pada akhir tahun 2001, aku dianugerahkan sebagai seorang daripada 3 pelajar cemerlang daerah Shah Alam. Aku sangat gembire dapat membuatkan ayah dan ibu aku bangga dengan aku. :)

Aku kemudiannya dihantarkan ke sebuah sekolah rendah integrasi di sekitar kawasan Shah Alam. Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 19 Shah Alam. Aku dilantik sebagai ketua kelas di kelas yang pertama daripada 7 buah kelas. 1 Limau. Aku pernah discandal kan dengan Nurin Jeslina, penolong ketua kelas 1 Limau, tetapi pada masa itu, aku lebih berminat kepada Young Kamila, senyumannya yang manis membuatkan aku terjatuh! haha! Cinta budak-budak. Satu perkara yang aku masih ingat adalah ketika guru kelas kami merajuk dengan kami, lalu berlari keluar dari kelas dan masuk ke dalam tandas sambil menghempas daun pintu! Wow! Dashat kan?.. emm, biasalah, budak-budak, nakal la sikit. Dan aku juga pernah didenda duduk bersila di luar kelas kerana tidak siap kerja sekolah. Muka kami diconteng dengan pen marker whiteboard seperti misai kucing. :) Malu juga masa tu. Tetapi, cikgu memberikan kami syarat sekiranya kami hendak masuk ke dalam kelas. Syaratnya ialah, MENANGIS! . haha. Aku dengan bijaknye menjolok tekak hanya untuk menimbulkan rasa mual supaya air mata boleh mengalir! Ahaaahaa. Bijak bukan? Dan sebab itu jugalah aku dilepaskan daripada hukuman tersebut.

“Faiz! Awak boleh masuk!”

“Terima kasih Cikgu!”

Weeeeee~


Setahun berlalu, dan aku sekarang berada di darjah 2. 2 Tekun. Masih kelas yang pertama. Pada zaman ini lah aku mula berjinak-jinak hendak bermain. Pelajaran aku mula merosot sedikit. Pada waktu itu, kereta DASH, dan BAYBLADE sangat popular dalam kalangan pelajar sekolah. Aku tertarik dengan kawan aku yang mempunyai permainan BAYBLADE sendiri. Jadi aku meminta wang dari Ayah untuk membeli mainan tersebut. 5 Ringgit cukup besar bagi aku pada waktu itu. Aku dengan bangganya memberikan duit itu kepada rakan aku untuk membelikan aku mainan yang sama di kedai yang berdekatan. Namun, rakan aku itu tidak dapat membelikan mainan itu kepada aku dengan alasan mainan itu sudah habis. Duit aku dipulangkan. Keinginan aku untuk memiliki apa yang rakan-rakan aku perolehi semakin membara! ‘Pensil tekan!!’… aku tertarik dengan pensil tekan, kerana sebelum ini aku hanya mempunyai pensil kayu. Jadi aku dengan bijaknya pergi kekedai buku untuk membelinya. Harga pensil tekan itu adalah RM 2.50. Oleh kerana aku tidak tahu untuk mengira berapa bakinya, aku memesan dua pansil tekan. Okay dah takde baki, senang kerja aku. HAHA! Duit 5 ringgit aku lesap dan kini aku mempunyai dua batang pensil. Aku boleh menunjukkan pensil itu kepada kawan-kawan aku, tak sabar nak pergi kelas. :p



To be continue :)