Selasa, November 29, 2011

EMpat AL-zaRqali 2011 in memoriy~

Assalamualaikum……
Kalini aku nak sembang sikit la pasal kelas aku….
4 AL-ZARQALI
Macam ni cite die…….awal taon duariusebelas aku masok dua minggu lambat daripade kawan2 aku…sebab otak aku tu lah……kene tahan kat wad….then bile aku sampai skolah je aku tengok tempat duduk diowang bagi betol2 depan sekali….pergh tak penah dalam idop aku duduk paling depan dalam kelas….aku terimalah saja tawaran tu….duk sebelah fariez~..haha
Aku mule2 takboleh terima kelas tu….rasa sangatlah janggal….apepon aku tabah je…dengan duduk sebelah minah sowing ni….lagi tambah kusut otak aku..haha..lame2 best r duk kelas ue…sume da macam family aku dalam ue…so aku lalui sampai tamat sesi 2011……


Ni Fuad Nabil, ketua kelas yang berkebajikan

Simpati kat ahli kelas,
Amat pemalu orangnya,
Mudah tersentuh seperti aku
Die geng aku time susah atau senang,
Senang cita aku minat r bkawan ngan die, haha, xde komen laen

Yang ni CL ngan Nina…no komen for them~,….haha





Yang nih plak Asyraf Shukri
Dia ketua batch,
Dia ketua rumah gak,
Ntah2 taon dpan ketua dorm…haha
Seorang yang berkepimpinan.
Mudah mempengaruhi orang la die ni..





Ini piyah merangkap ketua rumah abubakar pmpuan,
Baek orang die,
Aku suke bekawan ngan die,
Sangat melebihkan kawan dari diri sendiri,
Ade satu malam time kitowg kene conduct jamuan hari jadi bua I oleh pulak taknak makan sebab nak kemas, ak cakap nape la die ni, so aku pon tolong die,, padehal yang lain sume tengah makan, pastu aku bg die askim suh die makan sikit, kitorang push die baru dia makan, alas an tak makan sebab takot tak cukup….haha, pastu sebelom balek die cakap gutnite kat aku..meremang bulu roma..haha,,,tapi tabik r kat die , so sporting

Budak lelaki kelas Haku

Budak perempuan kelas haku....
DARI KIRI= Balqis, Aini, Hajah(sori tak nampak), Suraiya, Zuhairah, Solehah, Cidod(juga tak nampak), Ain n lastly Mecak sipenggapaibintang.....

Mereka lah yang mewarnai balik hidup aku yang asalnye sangat sunyi sejak geng2 aku kene pindah….time kaseh r kat korang…..korang baik sangat ngan aku….aku taktau nak balas dengan ape…time kasih jutajuta….haha
So ni lah kisah aku setahon kat smap taon ni…even perit kehilangan kawan tapi kita jangan sekali
-kali menidakkan takdir….dah memang takdir kita cmtuh,,,nak buat macamane lagi an…so enjoy your life….sebab kehidupan kat sekolah adalah kehidupan yang paling seronok seumur hidup.





Isnin, November 28, 2011

TANGkey- Suatu masa dahulu

Cerita ini adalah rekaan semata-mata



Malam itu sungguh mendung ditemani cahaya kilat yang tak henti menyabung. Kadangkala kedengaran bunyi guruh meriah berdentum. Dorm Hamzah riuh dengan ketawa yang tak henti-henti pecah.
“Wei nak buat apa ha malam ni”. Mard yang sedang memakai sweater belang coklatnya membuka topik.
“Ronda-ronda jom” Mel menyelit ”Kata malam last”.
Agym tersengih “Nak pegi mana lagi Mel oi, semua port kita dah takluk dah” Beng dan Zuhdee yang dari tadi asyik mndengar mp3 Sony Walkman turut tersengih.
“Tangki jom”kedengaran suatu suara sumbang yang datang dari arah pintu utama. Mata mereka tertumpu kearah Chai. Chai masuk lalu duduk selamba.
“Macam best je” Zuhdee membuka earphone nya.
“Tangki mana ni?:” Kening Beng terangkat sebelah.
“Laa takkan tangki musolla kowt” Mard yang dari tadi diam kembali bersuara sambil mengalihkan telunjuknya kearah sekolah “Tangki besar tu la”
“Laa yang tu ke?”beng buat muka pelik “bagus jugak idea tu,boleh dipertimbangkan”
“Agym gi panggil planmaker sekarang!”.
“Siape?”
“Sape lagi,Suren la” Mard merengus.
“Kat mana?”
“Panggil je la”
“Suren!Suren!” Blok A dan B kediaman Aspura bergema dengan suara nya “Mana kau!”
“Aku kat sini la”
“Mana!” Matanya tertumpu kea rah dorm Bujairami “Naik jap!”
“Ada apa?”
“Naik je la,nanti aku cite

“SEKARANG KITA GERAK IKUT KUMPULAN”
Suren mula mengatur “Sape je yang nak join
“Aku”
“Aku”
“Ana”
“Aku”
“Aku”
Suren mengangkat keningnya “Takkan enam orang je,panggil la yang lain”
“Nak panggil sape lagi?”
“Panggil la dak-dak ni”
Sekali lagi blok kediaman aspura bergema dengan suara lunaknya.
“Fitri Hanif!, Panjat! ,Acap!, Zahir!, Mes!, Hamzah jap”.
Panjat memakai kaca matanya “Ade ape?”
Ade hal jap
“Hal ape?”
“Halaqah”
“Masuk air betul la, ade ape?”
“Naik je
Jap
“Sekarang kite ada 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12 orang”. Suren mengira “Acap mana?”
“Tido la” Acap mini menyelak majalah Solusinya.
“Korang nak buat apa?” Mes mengangkat kening doublejerk.
“Tangki la”
“Bila?”
“Malam ni la” Mard membetulkan dudknya.
Bapak syok la!” Mes muka teruja “Nak join
“Ni yang aku ajak korang ni sebab tu la”
“Aku no probz, on je
Mata mereka semua tertumpu kearah Fitri Hanif yang tak duduk diam dari tadi. Semua buat muka pelik.
“Ai nep, ko nak ikut sekali ke? Outing pun tak pernahnak buat kerja-kerja cam ni pulak” Agym menyindir.
Ketawa mereka pecah.
“Kenapa? Tak boleh ke?” Anep buat-buat tak tau.
‘Boleh je,ade bran?”
“Ey mesti la, ni Anep ok
“Ye la, boleh je”



 “Okay sekarang aku, Zuhdee dengan Acap Mini jadi skuadleader, kite buat 3 kumpulan Suren semangat. “Panjat, Agym, Fitri Hanif ngan Zuhdee”
Group first kita bagi yang baik-baik”
“Baik ke?”
“Baik kot~” Serentak mereka menjawab.
“Group ke 2 kite bagi Beng, Zahir, Mes ngan Acap”
“Aku pegi lambat sikit eh, ade hal la” Beng mematikan mp3 Sony nya.
“Suka hati ko la”
“Group 3 aq, Mard, Anep Aikal, Mel ngan Iffi”
“Ni semue kaki fly la ni” Agym menyindir lagi.
Ketawa mereka kembali pecah.
“Dah2, pegi balik dorm tuka baju” Suren mengarah “Ha! Sebelum tu”
Ape?” Acap pelik.
“Ade tips-tips sebelum gerak”
Semua memasang telinga masing-masing.
“Yang pertama kalau nak panjat pakai baju warna hitam”
“oooohh”
“Lepas tu jangan pakai benda-benda yang berkilat or berkilau, bahaya”
Okke boss!”
“Dah, pegi balik dorm”
Mereka bergerak ke dorm masing-masing untuk menukar pakaian. Fitri Hanif meluru kearah loker Agym.
“Gym, pinjam baju Gym” Fitri Hanif membuka pintu loker.
“Baju ape?”
“Baju ape-ape la asalkan warna hitam”
“Amek la baju Arsenal tuh”
Fly?” Fitri Hanif buat muke pelik
Nape?, pelik?”
“Tak la, baju dia macam menarik sikit la tulisan dia” sambil menampakkan giginya.
“Tengok la baju sape
“Haha, da la kita tak pernah buat kerja-kerja macam ni, first time buat masalah, memang cuak la”
Aah doo, cuak gak la”
Ala, lek-lek suda” Mard menyampuk “Pandai-pandai la cover
“Masalah nye nak cover pun tak reti la”
Ketawa mereka pecah lagi.

MEREKA SEMUA BERGERAKKE MUSOLLA UNTUK MEMULAKAN STRATEGI. Mereka mula melangkah keluar dari pagar aspura.
“Weh, mati la kite, Ustaz Amir la!” Fitri Hanif gelabah.
Relex, relex
Relex ape nye” Hanif mengeluh.
“Kelakar la ko ni anep, jap, ko ada kamera tak?”
“Aku ada!” Zahir mengeluarkan kamera Samsung hitamnya.
“Kamera zaman bile ni? Zaman fir’aun ke?”
“Mane fir’aun pakai kamera, gune je lah”
Jap aku goreng ayat, korang diam je” Agym menutup suiz kamera.”Assalamualaikum ustaz”
“Waalaikumsalam” Ustaz Amir senyum “Nak pergi mana ramai-ramai ni?”
“Saja je, jalan-jalan tangkap gambar, maklum la malam akhir” Mard menggoreng ayat.
“Tangkap gambar ape malam-malam ni”
“Gambar bulan, bintang, matahari ke kalau ada” Agym pula menggoreng.
“Nampak ke malam-malam ni?”
“Kamera kami canggih ustaz,ada flash, tangkap gambar dengan kami jom ustaz, kenangan. Mane la tau tahun depan da tak jumpe”
“Aish, ade pulak cakap macam tu, boleh jugak, jom”
Masing-masing berlakon. Zahir mencapai kamera di tangan Agym lalu mengarahkan semua duduk dalam posisi masing-masing. “Okay satu, dua, tiga”
“Klik”
“Terima kasih ustaz” masing-masing menghulurkan tangan.
“Sama-sama, jalan elok-elok malam-malam ni, karang telanggar batu susah”
“Baik ustaz”
“Mission complete!” Mard dan Agym sengih.
“Pandai korangg goreng ayat”
“Ni Muhammad ngan Faiz la, sape tak kenal”
“Ko memang” Mel bersuara.
“Ko pun sama!”


SELEPAS ITU, MEREKA PUN MULA BERPECAH KE DALAM KUMPULAN YANG TELAH DIBERIKAN TADI.Kumpulan pertama  mula mengatur  langkah.
“Wei sebelum kita gerak aku nak bagi beberapa panduan dulu” Zuhdee memandang sekeliling.
“Ade panduan gak ke?” Panjat mengangkat kening doublejerk nya.
“Aku taktau pulak buat benda-benda ada buku panduan jugak” Fitri Hanif menyampuk.
“Dengar ni, mula-mula kita lalu highway depan koop tuh, lepas tu senyap-senyap pegi belakang bilik warden, paham?” Tanya Zuhdee.
Fitri Hanif bertanya “Hmm, lepas tu?”
“Lepas tu kita gerak sama2 tanpa berpecah lalu depan makmal kimia ngan fizik”
“Ooo”
“Dah lalu depan tu, sennyap-senyap lalu belakang terus pergi bengkel kemahiran hidup”
“Jangan kantoi dengan Arsene Wanger, mampus kita nanti” Panjat bersuara.
“Masa dah ada belakang bengkel tu, kita straight masuk longkang besar tu” Panjang lebar Zuhdee menerangkan pelan peta yang terbentang luas di hadapannya
“Takde air ke kat longkang tu?” Agym menyelit.
“Takde laa”
“Lepas tu jalan je ikut longkang tu sampai masuk pagar tangki tu”
“Nampak ke gelap-gelap ni?”
“Kau ikut je aku”
“Macam mana nak masuk de..bukan ada pagar dawai ke kat sekeliling tu?” Panjat buat muka toya.
“Ada lobang la kat belakang tu, dah sampai sana tutup mulut!” Zuhdee tegas.
“Ok boss!” Ketiga-tiga mereka sahut.
“Bagus”

SELEPAS ITU PANJAT MENGIMAMI BACAAN DOA SELAMAT SEMPENA PERTAMA KALI MEMBUAT KES. Selepas membaca doa mereka pun memulakan perjalanan.
“Bagus la kau ni nak buat benda camni pun nak baca doa” Fitri Hanif mengusik.
“Seandai kau tahu~ ” Tiba-tiba lirik lagu Sofea Jane keluar dari mulut Agym.
“Woi! Senyap la!” Zuhdee marah.
“Ala nak nyanyi pun tak boleh ke” Anip berjalan mengekori dari belakang.
“Entah la dia tu”
Mereka jalan pelahan-lahan kea rah bilik warden. Selepas itu, mereka lari dengan sekuat hati melintasi makmal Kimia dan makmal Fizik hingga sampai ke bengkel Kemahiran Hidup.
“Huh!, aku Nampak ‘Arsene Wanger’ tadi, tu yang aku suruh korang lari laju-laju tu” Zuhdee lega.
“Patut la, aku ingat ada apa la tadi” Agym letih.
“Laju gak eh kau lari Dee” Fitri Hanif sempat mengacau.
 “Aku pakai lari je tadi, dah tak ingat dunia dah”
Ketawa mereka pecah.


“Satu, dua, tiga, lompat!” Zuhdee kelihatan comel.
Anep, Agym dan Panjat ikut melompat ke dalam sebuah longkang berdekatan bengkel Kemahiran hidup itu.
“Yeay~!” Anep menggedik.
“Hey korang diam boleh tak?” Zuhdee mula berang. “Matang la sikit. Dah nak naik form four dah kan”
Ketiga-tiga mereka terdiam.
Mereka melangkah sedikit demi sedikit menyusuri longkang yang tidak seberapa besar itu. Serangga-serangga yang tadinya mula untuk melelapkan mata kembali terjaga dan mula berkeliaran di sekeliling mereka.
“Banyak jugak nyamuk kan” Agym menggaru.
Tiba-tiba deringan handphone Nokia 3310 merah Farhan Izzat membingitkan suasana yang sunyi itu.
“Apekebende tu Jat?” Tanya Anep dengan nada suaranya yang nak tak nak je keluar.
“Jap. Hello. Ni siapa?” Panjat muka berlagak dengan matanya memandang ke langit.
“#@%^#@@$&**(()?” Amoi cina yang memanggil bertanya.
“Sorry lah, salah nombor ni”. Dengan pantas Panjat mematikan telefon bimbitnya.
 Ketawa mereka pecah serentak.
“Haha!, pehal lah ko tak vibrate kan je phone kau tu, kan dah free-free je kantoi depan kitorang” Anep ketawa tak henti.
“Aku ingat cikgu Samat yang call tadi” Agym menyelit.
“Diamlah sual!” Suara tegas Zuhdee membuatkan mereka terkesima.
“Weh diamlah!” Panjat sengih.
“Okay-okay, Haha”.


MANAKALA DI SUDUT LAIN, ACAP MINI BERSAMA ANAK-ANAK BUAHNYA MASIH BELUM BERJAYA MEMASUKI KAWASAN SEKOLAH. Masih berusaha memasuki kawasan sekolah. Arsene Wanger dari tadi tidak henti-henti meronda menggunakan motosikal Honda 70 birunya.
“Kita mybe lambat sikit kot, tengok la line macamana baru kita gerak” Acap mini segera duduk.
“Weh aku rasa line dah clear la, jom la gerak”
“Ye ke?” Acap kembali berdiri.
Zahir dan Mes muka teruja. Berseri pulak muka masing-masing malam ni.
“Okeh, jom gerak” Acap mini bangun. “Buat macamana yang kita rancang”
“Baik tuan!” Kedua-dua mereka menjawab.

BENG MASIH LAGI DI ASRAMA KEDIAMAN mencari sesuatu yang dia nak tapi tak dapat-dapat lagi.
“Manalah aku nak cari menatang I-talk ni~. Puas aku round satu hostel. Haish, merajuk lagi la dia malam ni”
Mata Beng liar memandang ke seluruh pelusuk Dorm Hamzah itu. Matanya tertumpu ke arah sekeping kad yang ada gambar Upin&Ipin di atasnya berdekatan locker Mard. Dah kenal sangat dah dengan gambar itu. “Jadi mangsa aku lah kad I-Talk kau ni Mard~, hehe”


“DEE, MANA LUBANG DIA NI? AKU TAK NAMPAK APA-APA PUN” Agym mendongak memandang Tangki yang berdiri tegap dihadapannya itu.
“Dia bukan lobang” Zuhdee ligat menapak keluar dari longkang yang gelap itu.
“Kita kena pijak tebing longkang ni lepas tu cepat-cepat lompat masuk dalam kawasan pagar ni” Arah Zuhdee ringkas.
Mereka hanya ikut segala aksi-aksi yang berbahaya yang Zuhdee lakukan.
“Go anep, go Anep” Bisik hati Anep. “Zuhdee boleh buat takkan kau tak boleh kot”
Anep menguatkan semangat bagi melakukan aksi-aksi yang luar dari jangkaannya.
“Baik, sekarang gerak sorang-sorang dulu. Bila aku dah lepas je kat tangga pertama, kau lak follow Gym” Zuhdee tegas.
“Okay-okay”.
Sementara itu Anep dan Panjat tak habis-habis bergurau di bawah sebatang pokok yang agak besar di dalam kawasan kurungan pagar itu.
“Weh! Ada orang keluar la kat bilik TV tuh!” Anep member isyarat kepada Zuhdee. Mereka berempat diam membatu. Segerombolan pelajar puteri Kolej NANAS mula berpusu-pusu keluar dari bilik rehat Blok C. Baru habis tengok perlawanan bola sepak agaknya. Mereka berempat pucat semacam.
“Ni kalau kantoi ni tak berbaloi aku” detik hati Anep lagi.


(Cerita ini akan disambung dari semasa ke semasa)

Sabtu, November 26, 2011

Mampu kah kita?

nikon d3100 red



Limited-Edition-Canon-EOS-Rebel-1100D

ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH....
pergh~~....aku tak tahan la pulak tengok gamba atas ni......teringin gila nak beli.....cun la bende ni....dengan warna merah nye lagi....merah royal lak tu....tak menahan....semadd doo....tapi mampu ke akuh nak beli mendalah ni???......kalaula aku dah besar aku akan beli bende ni sepuluh....tapi ape kan daye buat mase ni aku tak mampu untuk beli sendiri benda ni...tapi kalau aku diberi pilihan...aku lagi prifer yang canon la....aku tak tau npe aku tak mnat sangat ngan nikon..mybe aku dah paham canon lebih daripada nikkon kot...tak kesah la....SEBENARNYA satu je aku nak kongsi kat sini......kita kalau tak mampu, jangan lah membazirkan duit bukan pada tempatnya..membazirkan  nama nya itu, Allah pun marah kalau mmbazir...in conclusion...beringat lah sebelum buat sesuatu keputusan....itu saja...sekian terima kasih..PEACE

Jumaat, November 25, 2011

nah...


Harap gembira berurusan dengan kami......sekianterima kasih..

Khamis, November 24, 2011

Membantu 3


SEYES TAKDA idea...ni je yang termampu...terimakasih kerana berurusan dengan kami..

Ibubapa..

ASSALAMUALAIKUM…..da makan belom…kalau da makan takpe la…baru je nak belanja…topik yang saya nak bincangkan pada detik ini ialah..mengenai IBUBAPA…saya teringat akan video salah seorang bintang pemain bolasepak dunia, iaitu Rooney. Pada suatu hari, ada seorang pakcik ni, dia Tanya la kat Rooney, “Awak pernah rasa air terjun?”, lalu Rooney menjawab, “tak, sebab mak saya tak bagi”. See, anda boleh lihat se power2 Rooney tu maen bola pon dia tetap menghormati arahan ibu nya yang tidak membenarkan dia minum air terjun. Ingat apa yang ibu bapa kita tu cakap adalah yang terbaik untuk kita. Jangan lah skali kali kite mlawan ckp diorang kerana Syurga pon ada bawah tapak kaki ibu kan. Saye ni membebel ni bukan lah nak kate yang saya ni perfect ke ape ke, saya pon sedar yang saya dah banyak buat salah kat ibu bapa saya. Jadi marilah kita sama-sama berusaha untuk menjadi anak yang soleh dan solehah. Bukan senang tapi tak mustahi (bak kate ustaz syed), so renung-renungkanlah eh kawan-kawan sekalian. Itu saja, Sekianterimakasih! ANAK YANG BAIK MENDENGAR KATA~

Rabu, November 23, 2011

Korea.





Ju...ini je yang ana mampu buat...kalau tak suke cakap..ana buat lain...haha..ok terimakasih.

Tolong 2...


Assalamualaikum...Rumaisak ini anda punya. Harap gembira berurusan dengan kami..

Selasa, November 22, 2011

Sahabat Dunia Atau Sahabat Dunia Akhirat?





Ehem3….ade orang tak??? kalau ade, untongla~……assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu kereta, tajuk perbincangan BELOG INIKAH DUNIA hari ni ialah sahabat, apa yang dimaksudkan dengan sahabat, Bagi saya sahabat adalah orang yang sentiasa berdamping dengan kita dalam keadaan beriman…(eh masuk PSI la plak), sahabat juga perlulah diniatkan hanya kerana Allah, kalau kerana lain, bekemungkinan la persahabatan tu takkan kekal lama, percayalah…..kita juga kene sayang sahabat kita melebihi diri kita sendiri, ayat ini saya bukan buat sendiri, no3, saye amek daripada buku pendidikan syariah islamiah tingkatan 4, buku itu jgak ade mngatekn kalau kita menyayangi sahabat kita lebih dari diri kita sendiri, nescaya kita akan dpt kmanisan iman tuh. Kemanisan iman tu tak semestinya kita boleh dapat hanya kerana kita sayang sahabat kita saja, tak, ada lagi dua tp saya tak ingatlah, nanti kalau saya ingat saya bagitahu. Oleh itu, percayalah, kalau taknak percaya sudahlah~, :P…..babai…wslm

Diminta tolong...

asyraf punye kepala
assalamualaikum....hoi2 bro....nah!...ambil lah anda punya....sekianterima kasih~

BOLA ATAU SOLAT?

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
Hai nama saya Fatimah……Fatimah tak sesuai dengan kau Rosli…..eh3…ape aku merepek ni…oke skrg aku nak kongsi sesuatu la…..bnde ni bkaitan dgn pengalaman hidup aku la….ok dalam darjah lima cmtu aku selalu la gak pegi stadium shah alam tu…tengok bola stiap minggu….tu pon sebab mase tu Selangor tengah gah gila…ada brian fuintes, bambang pamungkas, eyli aiboi….tu sume tu pemain import la…..memang syok la tengok diorang maen….manjang menang je…tak rugi beli tiket…tapi ape yang hairan nye bagi aku budak sekolah rendah time tu……aku tengok majoriti la orang kat stadium tu tak solat…biase la kan sampai2 stadium je dalam pukul 6.3o petang cmtu la…pastu game start pukul lapan…..so jarak antara masa tu amatlah panjang….tapi aku tengok sebahagian kecil JE drpd puluhan ribu orang dalam tu yang solat..yang lain tu memekak telolong.….yang aku pelik nye stadium bapaklah besa tapi surau yang dia buat amatlah kecil…da la ade dua je….memang Nampak la yang mereka lebih2 kan bola dari solat….boleh je kot pegi cop tmpat duduk dulu pastu baru gi sembahyang…tak salah kot….tu la yang aku peliknya…aku harap pasni kalau aku memerintah la kat m’sia ni (harapan je la) aku nak bina sebuah stadium yang ad masjid kat dalam die…..senang la sikit nak solat…ade air cond dll….so xde alasan untuk diorang tak solat..konon nye penat la, letih and tired …lelah…..haha..pape pon tahniah la kat Ong Kim Swee dan anak buah sebab korang dah jadi wira negara!!!.....SAYANG HARIMAU MALAYA!




Apa itu senior??

ini merupakan susun atur dorm abu bakar 2012
Memandangkan tahun depan saya akan menjadi senior kepada adik-adik, eloklak saya bincangkan mengenai tajuk yang amat familier dalam kalangan pelajar SBP, atau pun SBT…(promote sekolah sikit)….iaitu sineoriti dan junioriti….kalau kita sebut senior..secara automatik remaja zaman kini akan memindset kan yang senior ni boleh belasah budak la…boleh suruh budak la…boleh suruh buat tu buat ni..boleh lakukan apa saja macam hamba abdi…bagi saya…semua itu salah…saya pernah lalui la zaman junior..memang perit la nak buat sume keje….bagi saya menyuruh junior membuat sesuatu boleh!...tetapi ada hadnya…mungkin ini adalah satu tarbiyah yang terbaik bagi mereka menempuh zaman berasrama….contohnya kita menyuruh mereka tuck in, memakai kopiah, mandi awal pada waktu subuh, datang musolla awal, datang al-ma’thurat setiap hari…dan yang seumpama dengan nya….bagi saya ini baik..ia merupakan satu tarbiyah yang amat berkesan…jadi masalah senioriti ini dapat kita bendung sekiranya senior itu memainkan peranan nya yang tersendiri…..sebagai senior, kita perlulah menunjukkan akhlak yang murni dihadapan junior2  kita supaya tidak timbul ayat2 seperti “tengok tu, abang tu boleh buat takkan ana tak boleh buat”…see….segala tindakan kita memang akan diperhatikan dan ia mendorong kepada junior untuk membuat sama seperti apa yang dibuat oleh abang senior tu…jadi kesimpulannya…..kalau kita nak lahirkan adik2 yang sopan santun dan mendengar cakap kita dan tidak kurang ajar kepada kita….kita perlulah menunjukkan teladan yang baik dan menegur secara berhikmah kepada mereka sekiranya mereka melakukan  kesalahan……benarlah bahawa KITA PERLU ADA SIKAP MENERIMA, BUKAN MENGHINA….oleh itu marilah kita sama2 bergerak menjadikan sekolah kita kembali seperti zaman kegemilangan nya dulu…sekian dari saya..ingat pepatah ini…PENGALAMAN MENGAJAR KITA ERTI KEDEWASAAN!............

Isnin, November 21, 2011

tahniah!

edited

Saya amat tertarik dengan apa yang dibincangkan oleh kotak hati. Secara jujur saya katakana bahawa saya ni tidak lah pandai sangat dalam menulis blog. Tetapi bila saja saya membaca blog ini, ia memberi ilham baru kepada saya untuk menulis blog dengan lebih berkesan dan tidak hambar..tahniah saya ucapkan atas pencapaian yang telah ditunjukkan beliau….

chow dulu...assalamualaikum..
(aku cadangkan header blog kau buat yang inih)

Jumaat, November 11, 2011

Pemuda: Sebelum Nak Kahwin, Bersedialah!


Persoalan cinta dan kahwin merupakan tajuk perbincangan yang paling disukai oleh remaja dan belia. Mengapa manusia suka dengan cinta dan mahu berkahwin? Sudah tentu mahu mengecapi kebahagiaan. Ada yang bercinta hangat tapi tidak sampai ke jinjang perkahwinan. Ada yang mengenal cinta selepas perkahwinan dan tetap bahagia. Ada juga yang bercinta kemudian berkahwin dan kemudian berpisah (bercerai). Ada juga yang bercinta dan berkahwin dan terpaksa berusaha mempertahankan alam perkahwinan demi anak-anak yang semakin membesar.
Perkahwinan adalah Kemuliaan
Pernikahan adalah fitrah manusia, maka jalan yang sah untuk memenuhi keperluan ini adalah dengan aqad nikah. Bukan dengan cara yang amat kotor lagi menjijikan seperti cara-cara orang zaman sekarang seperti “couple” haram sana sini kononnya untuk menyuburkan perasaan cinta dan membina sifat saling faham memahami, akibatnya terlanjur sehingga berzina, ada juga yang terlibat dengan lesbian atau homoseksual kerana sayang sesama sejenis, semua jalan ini telah menyimpang jauh dan diharamkan oleh Islam.
Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun 2009. Bermakna 1442 orang sebulan, 48 orang sehari, 2 orang setiap jam. Apa yang mampu kita rumuskan dengan statistik ini? Fikir-fikirkan.
Sasaran utama dari disyariatkannya perkahwinan dalam Islam di antaranya ialah untuk membentengi martabat manusia dari perbuatan kotor dan keji yang telah menurunkan dan merendahkan martabat manusia yang luhur. Islam memandang perkahrwinan dan pembentukan keluarga sebagai jalan efektif untuk memelihara pemuda dan pemudi dari kerosakan serta melindungi masyarakat dari kekacauan.
Rasulullah SAW ada bersabda:
“Wahai para pemuda ! Barangsiapa diantara kalian berkemampuan untuk berkahwin, maka nikahlah, kerana nikah itu lebih menundukan pandangan, dan lebih membentengi farji (kemaluan). Dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia puasa (shaum), kerana shaum itu dapat membentengi dirinya”. (Hadith Sahih Riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa’i, Darimi, Ibnu Jarud dan Baihaqi)
Pernikahan adalah suatu keberanian untuk bertanggung jawab dan kesediaan untuk berjuang. Justeru dirikanlah rumahtangga kita di atas landasan ibadah dan mengharap redhanya Allah. Bukan sekadar faktor cinta dan suka sama suka lalu berkahwin. Kalau atas faktor ini maka asbab kita berkahwin tidak konkrit dan berkemungkinan akan mudah goyah. Mungkin juga atas faktor nafsu semata. Menurut statistik dari JAKIM, sejumlah 20,259 pasangan suami isteri telah bercerai pada tahun 2007. Bermakna 1488 pasangan bercerai dalam masa sebulan, 56 pasangan bercerai dalam sehari!  Mungkinkah mereka ini terlupa bahawa di saat seseorang melaksanakan aqad pernikahannya, maka mereka akan mendapati banyak ucapan doa dari para undangan dengan doa keberkatan sebagaimana diajarkan oleh Rasulullah SAW;
“Semoga Allah memberkahimu, dan menetapkan keberkahan atasmu, dan mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan.”
Doa ini sarat dengan makna yang mendalam, bahawa perkahwinan seharusnya akan mendatangkan banyak keberkahan bagi pasangan yang berkahwin. Namun malangnya keluarga bahagia yang diharapkan bertukar menjadi konflik rumahtangga.
Justeru amat penting buat para pemuda yang berkeinginan untuk berkahwin mempersiapkan diri anda dengan persiapan yang betul bagi membina sebuah rumahtangga yang islami dan tarbawi (terdidik).
Pertama, meluruskan niat. Pemuda perlu faham untuk apa kita berkahwin. Berkahwin bukanlah sekadar untuk memuaskan keperluan seksual . Perkahwinan merupakan salah satu tanda kebesaran Allah SWT sebagaimana diungkap dalam al-Quran:
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (ar-Ruum:21)
Perkahwinan juga merupakan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan sebagaimana ditegaskan dalam salah satu hadith:
“Barangsiapa yang dimudahkan baginya untuk menikah, lalu ia tidak menikah maka tidaklah ia termasuk golonganku” (HR.At-Thabrani dan Al-Baihaqi).
Oleh kerana pernikahan merupakan sunnah Rasul, maka selayaknya proses menuju perkahwinan, tata cara (proses) perkahwinan bahkan kehidupan pasca perkahwinan harus mencontohi Rasul. Misalnya saat hendak menentukan pasangan hidup hendaknya lebih mengutamakan kriteria ad Deen (agama/akhlaq) sebelum hal-hal lainnya (kecantikan/ketampanan, keturunan, dan harta). Dalam proses perkahwinan (walimatul ‘urus) hendaknya juga dihindari perkara-perkara yang berlebihan (membazir), tradisi yang menyimpang (bidaah) dan keadaan bercampur baur (ikhtilath).
Justeru niatkanlah istana perkahwinan kita sebagai ladang amal.
Kedua, persiapan ilmu, khususnya ilmu agama. Menuntut ilmu wajib bagi setiap muslim. Hal ini sesuai dengan hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh sekelompok sahabat di antaranya Anas bin Malik RA :
“Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap muslim”
Kita harus berilmu agar selamat hidup di dunia dan di akhirat. Dengan berilmu kita akan tahu mana yang diperintahkan oleh Allah SWT dan mana yang dilarang, atau mana yang disunnahkan oleh Rasul-Nya dan mana yang tidak sesuai dengan sunnah (bidaah).
Dengan ilmu kita tahu tentang hukum halal dan haram, kita mengetahui makna kehidupan dunia ini dan kehidupan setelah kematian iaitu alam kubur, kita tahu kedahsyatan Mahsyar dan keadaan hari kiamat serta kenikmatan jannah dan kengerian neraka dan sebagainya.
Orang yang berilmu akan tahu betapa berat siksa Allah sehingga ia takut berbuat maksiat kepada Allah. Ia akan takut akan ahli keluarganya berbuat maksiat kepada Allah. Dengan itu ia akan mentarbiyah dirinya dan ahli keluarganya dengan tarbiyah Islam dengan bersungguh-sungguh.
Perlu diketahui bahawa sesungguhnya pasangan suami isteri dalam kehidupan berumahtangga akan menghadapi banyak permasalahan dan untuk mengatasinya perlu kepada ilmu. Dengan ilmu, pasangan suami isteri tahu apa tujuan yang akan dicapai dalam sebuah perkahwinan iaitu untuk beribadah kepada Allah SWT, dan dalam rangka mencari redha-Nya semata. Apabila mereka ditimpa masalah dan musibah, dengan ilmu yang benar akan dapat memandu mereka kembali kepada Allah untuk memperbaiki kelemahan dan masalah rumahtangga.
Seorang suami yang kurang ilmu, biasanya hanya bijak bercakap sahaja tetapi kurang beramal. Suami yang sebegini biasanya cenderung bersikap emosional dan mudah marah.  Cepat bertindak terburu-buru dan mengikut hawa nafsu. Maka persiapkanlah diri anda dengan ilmu yang bermanfaat. Selain ilmu agama, belajarlah ilmu-ilmu lainnya, seperti psikologi, komunikasi, kesihatan, pengurusan kewangan dan lainnya (jika diperlukan). Walaupun tidak mendalam, setidaknya kita tahu serba sedikit dan dapat membantu mengukuhkan institusi kekeluargaannya.
Ketiga, persiapan untuk menjadi seorang pemimpin rumahtangga. Allah SWT telah menegaskan bagi seorang lelaki menjadi pemimpin dalam rumah tangga, firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa’: 34);
“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka.”
Tugas sebagai seorang pemimpin ini tidak bererti seorang suami lebih tinggi dari yang dipimpin (isteri). Kedudukan hanyalah sekadar pembahagian tugas, dengan beban tanggungjawab yang lebih besar. Seorang suami bertanggungjawab penuh untuk menafkahi dan membimbing isteri serta anak-anaknya agar selamat dunia dan akhirat.
Firman Allah dalam Surah al-Tahrim ayat 6, maksudnya:
“Wahai orang yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya terdiri daripada manusia dan batu (berhala)…”
Dr Wahbah Zuhayli ketika mengulas ayat al-Quran ini telah menyatakan bahawa Allah memerintahkan agar kita mendidik diri agar terselamat daripada seksaan api neraka dengan melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Seterusnya kita juga berkewajipan untuk memimpin dan mendidik serta menyuruh ahli keluarga untuk mentaati Allah serta melarang mereka daripada terjebak dalam sebarang perkara maksiat… ‘Nasihatilah mereka serta didiklah mereka supaya kamu dan keluarga kamu terselamat daripada azab api neraka yang besar yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu’ (Dr Wahbah Zuhayli, al-Tafsir al-Munir, 28/316).
Justeru mulailah dengan kemampuan memimpin diri sendiri. Dengan keupayaan ini insyaAllah kita akan mampu memimpin rumahtangga kita kelak.

Ahad, November 06, 2011

Korban

Perkataan korban diambil daripada Bahasa Arab iaitu “ Qurban” yang membawa maksud menghampirkan diri atau mendekatkan diri iaitu segala bentuk ketaatan yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Perkataan Qurban adalah sinonim dengan perkataan “al-Udhhiyah” yang bermaksud “sembelihan”. Dari segi syara’ pula, ia memberikan pengertian  “menyembelih binatang yang dikhususkan dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah yang dilakukan pada waktu yang tertentu”.
Ibadah korban dilakukan untuk menunjukkan tanda kesyukuran kepada Allah di atas segala nikmatnya, dipanjangkan umur kesejahteraan  akal fikiran dan agama sebagai ikutan kepada peristiwa Nabi Ibrahim ketika hendak menyembelih anaknya Ismail yang diadaptasikan semula oleh junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. dalam syariatnya.
Pensyariatan ibadah korban ini telah dijelaskan oleh Allah (s.w.t) didalam firmanNya dalam surah al-Kauthar yang bermaksud: “Maka  sembahlah Tuhan engkau dan berkorbanlah”.
Kalimah “dan berkorbanlah” atau “wanhar” dalam ayat ini boleh diertikan dengan sembelihan yang dilakukan selepas solat Hari Raya Aidil Adha. Didalam ayat ini, perintah untuk melakukan korban diterangkan secara berturut selepas perintah sembahyang. Ini menunjukkan betapa pentingnya ibadah korban sehingga Allah memilih untuk meletakkannya seiring dengan kewajiban sembahyang. Perkara ini dikuatkan lagi dengan munajat Nabi Ibrahim yang diceritakan oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud, “ Sesungguhnya solatku, sembelihanku, hidupku serta matiku hanyalah untuk Allah tuhan semesta alam”. ( al-An’am : 163)
Pensyariatan mengenai ibadah korban tersebut mempunyai falsafahnya yang tersendiri iaitu bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan mengalirkan darah melalui ibadah tersebut.  Konsep korban yang dijelaskan oleh syariat jika dilihat secara terperinci mempunyai beberapa rahsianya yang tersendiri yang tidak dapat dinilai melalui penglihatan mata kasar.Konsep ta’abbudiyah yang dijelaskan dalam ibadah korban ini hanyalah sebagai salah satu daripada hakikat memperhambakan diri kepada Allah kerana konsep ini jika dihayati adalah mencakupi seluruh syariat itu sebenarnya. Islam sebagai agama yang agung diatas muka bumi ini senantiasa menganjurkan umatnya  untuk berkorban ke jalan Allah tanpa  mengira waktu senang atau susahnya.
Apa yang penting seseorang itu mestilah bersiap sedia untuk berkorban dengan seluruh dirinya dan jiwa raganya sepertimana firman Allah yang bermaksud “ Berjuanglah kamu dengan harta dan dirimu (jiwa raga ) kejalan Allah, itu yang paling baik untuk kamu kalau kamu mengetahui” ( al-Taubah: 41). Ayat ini memerintahkan kepada kita untuk berjihad kepada Allah  melalui dua cara  iaitu melalui diri dan juga melalui harta. Jadi ibadah korban ini juga termasuk didalam ibadah yang berteraskan kepada harta yang memerlukan kepada kemampuan dari segi  kewangan untuk melaksanakannya.Oleh itu saranan ini juga adalah untuk mengikis sifat bakhil dan kedekut yang ada pada jiwa seseorang dan  melatihnya  supaya ikhlas dalam melakukan sesuatu ibadah.
Selain daripada itu ibadah korban juga melatih diri dalam melahirkan individu yang berani. Tanpa keberanian sesuatu ibadah dan tuntutan Ilahi yang berbentuk pencegahan sudah pasti tidak akan terlaksana. Keberanian ini diaplikasikan di dalam ibadah tersebut dimana orang yang melakukan ibadah korban tersebut disunatkan untuk menyembelih sendiri binatang yang dikorbankannya dan jika ini tidak dapat dilakukan maka disunatkan juga untuk dia melihat dengan mata kepalanya sendiri darah yang mengalir keluar daripada binatang tersebut. Keberanian ini jika dilihat bukannya tertumpu kepada ibadah ini sahaja tetapi terdapat juga dalam ibadah-ibadah lain seperti berjihad di medan peperangan yang memerlukan kepada keberanian untuk memacu kuda, bermain senjata, memanah dan sebagainya.
Konsep kerjasama  juga dititikberatkan dalam pensyariatan tersebut dimana ianya didapati melalui kerjasama semasa melakukan penyembelihan binatang korban tersebut. Kerjasama masyarakat yang menjadi amalan masyarakat Islam sebenarnya menjadi asas kepada mewujudkan masyarakat yang sihat dan saling bermuafakat dalam gerak kerja sama ada berkerjasama dalam melakukan perkara al-Ma’ruf atau  mencegah daripada melakukan perkara yang mungkar.
Konsep lain yang juga diterapkan disini adalah mengenai  hakikat perkongsian yang diterapkan melalui perkongsian tujuh bahagian binatang yang boleh dikorbankan. Pengkongsian yang dianjurkan oleh Islam itu bukannya sekadar berkongsi semata-mata dalam satu bahagian daripada tujuh bahagian bahkan menekankan kepada perkongsian tentang cara pengagihan supaya tidak berlaku ketidak adilan dan berat sebelah dalam mengagihkan daging binatang sembelihan. Persepakatan dalam ibadah ini juga  nantinya akan melahirkan  sifat toleransi dalam masyarakat dimana seseorang dalam bahagiannya akan bertolak ansur dengan yang lainnya dan meredhai antara satu sama lain  tanpa mempertikaikan tentang banyak atau kurangnya bahagian yang diterima.
Pendek kata  amalan korban tersebut bukannya untuk melahirkan manusia yang mementingkan diri sendiri,ego dan sebagainya tetapi adalah untuk mewujudkan ikatan ukhuwwah  dan menjalin kerjasama antara masyarakat setempat untuk melahirkan ummah yang utuh  demi kepentingan agama yang dicintai.

Kawan-kawan saya sekalian, usah menunggu tua untuk bertaubat, beramal salih kerana maut datang tanpa diduga

MANUSIA yang tenggelam dalam kemewahan dunia, dikuasai hawa nafsu dan hidup dibelenggu maksiat amat sikit bahkan mungkin juga tidak mengingati malaikat maut pasti datang membawa perintah Allah untuk meragut nyawanya. Kita sebagai remaja sering alpa dengan kemewahan yang kita ada. Apa yang kita dapat tak pernah kita nak syukuri. Saya tulis ni bukan bermakna saya ni dah cukup sempurna. Tak, semua makhluk yang bernama manusia walaupun ada akal tetap akan membuat kesilapan.
Jika mengingati mati, pasti mereka ketakutan atau bersedih kerana mengingatkan apa yang bakal dihadapinya di alam akhirat, tetapi ia gusar mengenangkan harta bendanya serta segala kemewahan dunia yang bakal ditinggalkannya.
Firman Allah:
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan pada hari kiamat saja akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia sudah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanya kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Ali Imran: 185).
Ketahuilah kematian pasti tiba kepada seluruh umat tanpa mengenal erti bangsa, kedudukan, kekayaan atau gagah perkasa. Tiada sesiapa pun yang boleh melarikan diri daripada maut. Apabila ditetapkan waktu kematian seseorang, ia tidak akan tertunda atau dicepatkan walaupun sesaat.
Firman Allah bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetap menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).” (Al-Jumu’ah: 8.)
Dengan mengingati kematian, kita lebih berwaspada dalam menghadapi liku kehidupan dan sentiasa berusaha menurut perintah Allah dan Rasul-Nya serta meninggalkan larangannya kerana kita tidak tahu bila ajal tiba.
Mengingati kematian menyebabkan kita teruja membuat persiapan rapi menghadapinya nanti. Oleh itu, Islam amat menganjurkan kita sentiasa mengingati kematian.
Cara terbaik ialah mengenangkan keluarga, sahabat atau sesiapa saja yang boleh mempengaruhi hidup kita. Mereka mungkin memiliki kekayaan, jawatan besar serta disanjung tetapi kini jasadnya bersendirian di dalam kubur. Hartanya, kedudukannya serta sanjungan orang ramai kini terpisah daripadanya. Kita perlu serapkan di jiwa kematian juga pasti menjemput dan akan keseorangan di alam kubur.
Kita juga perlu menziarahi kubur kerana membantu mengingati kita juga akan menghadapi nasib sama dengan ahli kubur itu. Islam juga menganjurkan kita menziarahi orang sakit serta menghadiri majlis pengebumian kerana dapat mengingatkan kita mengenai kematian. Mengingati kematian membawa nilai positif terhadap insan, maka banyak dalil menganjurkan manusia selalu mengingati kehidupan hanya sementara.
Rasulullah juga mengkategorikan insan yang sentiasa mengingatkan kematian sebagai manusia paling bijaksana. Ibnu Umar berkata: “Aku bersama Rasulullah, lalu seorang lelaki Ansar datang kepada Baginda mengucapkan salam lalu bertanya: Wahai Rasulullah. Manakah antara kaum mukminin yang paling utama? Baginda menjawab: Yang paling baik akhlaknya antara mereka. Dia bertanya lagi: Manakah di antara kaum mukminin yang paling cerdik?
“Baginda menjawab: Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang cerdik,” (Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah)
Mengingati kematian juga boleh mendatangkan ketenangan jiwa seseorang sedang menghadapi kesulitan hidup.
Ia menimbulkan kesedaran dunia bukan segala-galanya dan selepas kematian ada alam yang kehidupan serta kenikmatannya abadi.
Bagi mereka yang dianugerahkan kesenangan, maka mengingati kematian menjauhkannya daripada kerlipan serta godaan duniawi.
Kematian menyedarkannya kesenangan duniawi tidak kekal dan dia bakal berpisah dengannya.
Hanya kehidupan di alam akhirat kekal abadi dan ini dapat menggerakkan jiwa untuk mempergunakan segala kesenangan di dunia ini demi mencapai kebahagiaan di akhirat.
Oleh itu, dengan menyedari setiap bernyawa pasti akan menghadapi maut yang hanya diketahui Allah, pasti ia menimbulkan semangat untuk segera melakukan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya.
Jika seseorang menangguhkan untuk melakukan amalan salih dan ternyata ajalnya tiba ketika asyik melakukan maksiat, dia termasuk orang yang rugi dan bakal mendapat balasan buruk di akhirat.
Justeru, setiap umat Islam harus manfaatkan kehidupannya dengan cara terbaik iaitu mengerjakan amalan diperintah Allah dan Rasul-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Ketika tubuh sihat, kita manfaatkan semaksimum mungkin supaya menjadi insan beriman, bertakwa dan gemar mengerjakan amal salih.
Mana tahu entah esok mahupun lusa kita ditimpa kecelakaan sehingga terlantar keuzuran dan tidak lagi mampu melakukan amalan yang salih.
Kita pergunakan hayat dengan menghindari perbuatan maksiat kerana mungkin entah esok mahupun lusa malaikat maut mencabut nyawa sedangkan kita masih bergelumang dengan dosa.