Selasa, Disember 17, 2013

Random

Assalamualaikum....

Awak...kalau nak pakai tudung pakai elok2..jgn jarang2...pendek apatah lagi..

Kbye :)

Sabtu, November 16, 2013

Renungan untuk hari ini :)

Kembali pulang

Erkkkkkk

Assalamualaikum!!
Aku rasa dah lama gia aku tak post...

Maklumlaaa..budak u..

Banyak lagi hal lain yg nak dipikirkan.. heeee :3

Post ni just aku nak testing je..

K no point
Kbye :3

Selasa, Februari 19, 2013

Kebahagiaan sebenar

'Ada yang berpendapat mencari kebahagiaan itu ibarat mengutip serpihan kaca yang pecah. Ada yang berjaya mengutip dengan banyak dan ada yang megutip paling sedikit.Tapi tiada seorang pun yang berjaya mengutip kesemuanya. Kerana tatkala mengutipnya pasti ada yang terluka..'
Pernahkah kita bertanya dengan diri kita, adakah kita ini di antara orang yang bahagia? Mungkin ada di antara kita pada ketika ini memiliki harta yang melimpah ruah, tetapi tidak merasa bahagia. Ada pula yang memiliki kemasyhuran dan kedudukan yang tinggi, namun tidak pernah merasa bahagia.

Kalau begitu, ternyata ukuran bahagia itu tidak terletak pada banyaknya harta, bukannya pada jawatan dan kedudukan, bukan juga pada ketokohan seseorang dan juga bukan dengan peluang melancong ke merata tempat. Lalu, di manakah kebahagiaan itu, dan bagaimana pula kita dapat mengecapinya ?

Allah SWT berfirman:
Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, Maka Sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan Sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”. (Q.S.An-Nahl (16) : 97).

Telah jelas dan tegas penjelasan Allah SWT pada surat An-Nahl ayat 97 ini bahwa satu-satunya cara memperoleh kebahagiaan atau kehidupan yang baik itu adalah dengan mengerjakan amal-amal sholeh; iaitu taat pada suruhannya dan menjalankan segala perintah serta larangan-Nya.
Inilah konsep kebahagiaan yang hakiki; yaitu tujuan hidup kita di dunia ini, baik dalam belajar, bekerja, ataupun berusaha, hanya satu saja “Mendapatkan Redha Allah SWT

Isnin, Februari 04, 2013

AKU? erkk!




Tarikh aku dilahirkan dalam kedua-dua tahun hijrah dan masihi adalah sama, 18 haribulan. Ramadhan dan Februari. Tarikh yang begitu unik itu membuatkan aku berasa bertapa istimewanya aku dilahirkan di bumi ini. Alhamdulillah, segala puji hanya untuk MU ya Allah, kerana ku dilahirkan dalam keadaan sihat sempurna tanpa sebarang kecacatan.


Aku yang merupakan anak ke dua daripada 3 adik beradik, juga adalah seorang anak tunggal lelaki di dalam keluarga. Tanggungjawab yang besar ini tidak aku sedari sepanjang aku menempuh alam bayi, kanak-kanak, alam persekolahan sehinggalah aku di alam sekolah menengah. Pada tempoh masa ini, aku mula merasakan bahawa akulah satu-satunya harapan mak ayah aku. Aku tahu mereka hendak melihat aku membesar dan berjaya dalam setiap apa yang aku lakukan.

Okay, berbalik pada alam kanak-kanak. Pada alam ini, sewaktu aku berusia 5 tahun, aku mula dihantarkan oleh mak dan ayah aku di sekolah. Sekolah pertama yang menjadi tumpuan ayah aku adalah Tahfiz bukit kuda. Tapi, aku tak bertahan lama dekat situ, 4 bulan sahaja lebih kurang. Lagipun aku menghidapi sakit ‘benguk’ dalam sebulan macam tu la.


“Hazim !, Hazim nak sekolah kat situ lagi tak?” Ayah aku bertanya.

“Taknak la yah! Ajim taknak sekolah kat situ”

Okay bermula saat itu aku dipindahkan pula di Taska Abim, Shah Alam. Alhamdulillah, aku semakin selesa di situ. Kawan-kawan mula mengenali aku. Bermain bersama, gelak bersama. Apa yang aku masih ingat, rakan yang aku rapat ada 3 orang. Ahnaf Nassai’e, Salman, dan Nurshareena. Aku sering bermain dengan mereka la. Akademik dan sahsiah aku semakin menyerlah dan menarik perhatian guru-guru di situ. Sewaktu aku berumur 6 tahun, aku diberi kepercayaan oleh guru besar di situ sebagai ketua murid. Akademik aku pun selalu mendapat yang terbaik dalam setiap ujian. Pada akhir tahun 2001, aku dianugerahkan sebagai seorang daripada 3 pelajar cemerlang daerah Shah Alam. Aku sangat gembire dapat membuatkan ayah dan ibu aku bangga dengan aku. :)

Aku kemudiannya dihantarkan ke sebuah sekolah rendah integrasi di sekitar kawasan Shah Alam. Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 19 Shah Alam. Aku dilantik sebagai ketua kelas di kelas yang pertama daripada 7 buah kelas. 1 Limau. Aku pernah discandal kan dengan Nurin Jeslina, penolong ketua kelas 1 Limau, tetapi pada masa itu, aku lebih berminat kepada Young Kamila, senyumannya yang manis membuatkan aku terjatuh! haha! Cinta budak-budak. Satu perkara yang aku masih ingat adalah ketika guru kelas kami merajuk dengan kami, lalu berlari keluar dari kelas dan masuk ke dalam tandas sambil menghempas daun pintu! Wow! Dashat kan?.. emm, biasalah, budak-budak, nakal la sikit. Dan aku juga pernah didenda duduk bersila di luar kelas kerana tidak siap kerja sekolah. Muka kami diconteng dengan pen marker whiteboard seperti misai kucing. :) Malu juga masa tu. Tetapi, cikgu memberikan kami syarat sekiranya kami hendak masuk ke dalam kelas. Syaratnya ialah, MENANGIS! . haha. Aku dengan bijaknye menjolok tekak hanya untuk menimbulkan rasa mual supaya air mata boleh mengalir! Ahaaahaa. Bijak bukan? Dan sebab itu jugalah aku dilepaskan daripada hukuman tersebut.

“Faiz! Awak boleh masuk!”

“Terima kasih Cikgu!”

Weeeeee~


Setahun berlalu, dan aku sekarang berada di darjah 2. 2 Tekun. Masih kelas yang pertama. Pada zaman ini lah aku mula berjinak-jinak hendak bermain. Pelajaran aku mula merosot sedikit. Pada waktu itu, kereta DASH, dan BAYBLADE sangat popular dalam kalangan pelajar sekolah. Aku tertarik dengan kawan aku yang mempunyai permainan BAYBLADE sendiri. Jadi aku meminta wang dari Ayah untuk membeli mainan tersebut. 5 Ringgit cukup besar bagi aku pada waktu itu. Aku dengan bangganya memberikan duit itu kepada rakan aku untuk membelikan aku mainan yang sama di kedai yang berdekatan. Namun, rakan aku itu tidak dapat membelikan mainan itu kepada aku dengan alasan mainan itu sudah habis. Duit aku dipulangkan. Keinginan aku untuk memiliki apa yang rakan-rakan aku perolehi semakin membara! ‘Pensil tekan!!’… aku tertarik dengan pensil tekan, kerana sebelum ini aku hanya mempunyai pensil kayu. Jadi aku dengan bijaknya pergi kekedai buku untuk membelinya. Harga pensil tekan itu adalah RM 2.50. Oleh kerana aku tidak tahu untuk mengira berapa bakinya, aku memesan dua pansil tekan. Okay dah takde baki, senang kerja aku. HAHA! Duit 5 ringgit aku lesap dan kini aku mempunyai dua batang pensil. Aku boleh menunjukkan pensil itu kepada kawan-kawan aku, tak sabar nak pergi kelas. :p



To be continue :)




Jumaat, Januari 11, 2013

My Senior Year :)




Assalamualaikum, hai anda apa khabar? Kalau sihat baguslah, Alhamdulillah.
Post kali ni aku nak cerita sikit lah pasal life as a senior year aku kat Smap LABU :). Banyak kenangan manis bersama kawan-kawan aku kat sekolah. Dan aku rase form 5 la zaman kegemilangan aku kat SMAP labu tuh! Seyes best gila!
Kalau aku nak cerita sume benda tak sempat kot. Sebab banyak sangat bende yang terjadi since awal tahun. Weeeeee~

Okay nak start dari mana ye? Ha. DORM AKU LAH, HARISI.:)
Okay ‘harisi’ ni name dorm tuk pengetahuan korang. Dorm ni dihuni oleh jejaka2 hensem tingkatan 5 rumah ABU BAKAR. Haha. Okay nak sebut lah ahli2 die. ASYRAF as House capt, Aku vice capt, Zahir yang sentiasa mengungguli carta peperiksaan batch since form 4, Ahmad Danial yang sangat aktif dalam silat dan takraw, Izzuddin yang sangat gigih menela’ah mata pelajaran setiap kali peperiksaan, Afiq yang amat baik hati menghulurkan bantuan makanan setiap hari kerana kami memerlukan, hahahaa. Lepastu Aziz   yang sangat cool dan baik dan pandai lukis tetapi kadang2 gila2 jugak, :) .Arif yang sangat pendiam dan hanya akan bersuara jika orang bertanya. Haha! dan akhir sekali naqib yang sangat baik hati dan boleh jadi sangat gila, haha! dan kadangkala mengikuti zahir dalam ranking batch! Budak haitham la katekan.
Okay habis cerita pasal dorm.haha.
Jadi dengan budak2 ni la aku habiskan masa aku sepanjang tahun, melepak, menggila, study same2, buat bende bukan2, haha! Standard la . laki an. Seyes banyak bende kitorang buat.Lagipon kitorang je dorm form 5 yang dapat katil single selain dorm MT MPP. Kire darjat kami ni tinggi la jugak. Haha! Kiddin’
JADI POINT PENTING YANG AKU NAK TEKANKAN KAT SINI ADALAH! >>>

Jeng jeng jeng~
AKTIVITI KAMI SEBAGAI SENIOR SEPANJANG TAHUN!  Weee~
Okay, kalau cakap je form 5, mesti dah kira hebat kan? Kan kan kan? Haha. Tapi kitorang tak camtu. Kitorang low profile lah. Biase biase je. Alah merendah diri pulak. Haha. Kitorang takde lah taiko sangat pon kat asrama tu. Just suruh2 junior je la. Lumrah la tu. Tapi kitorang kalau suruh pun tadelah maki2 budak tu. Tak main la care kotor  tu. Kitorang suruh elok2 je tau. So budak junior takde lah terase hati pun ngan kitorang. Baik kan kitorang? Haha :P
Okay sambung, bende yang paling aku takboleh lupekan ialah.
MAIN BOLA!
Kitorang ni kalau maen bola punye lah mangat nak gol. Tak kira la ape care pon. Semangat la yang pastinye! Haha. Ade yang pakai kasut, ade yang tak pakai. Yang tak pakai tu kira dah pro lah. Haha. Tapi majoriti ta pakai la. Emmm, kalo maen stiap hari, CONFIRM TEGANG GILA SITUASI. Kat atas padang tak sah la kalau tak perang mulut antara team dengan team yang lain. Haha! Ade je isu, cam budak2 je. Itu tak kene, ini tak kene. Tapi yang spesyel nye kalau habis je match, confirm baik balik. Kira atas padang lain cerita, sambung esok. Haha! Bukan bukan je perangai dak2 ni. Tapi sweet gila pulak bila teringat balik. Haha.waaaaaaa..rindu. 

Okeh sambung lagi. Isu panas yang kedua ialah mesen basuh. HAAHAAA. Mesen basuh kat hostel tu terkenal dengan bunyik nya. Kalo spin tu satu asrama boleh denga. Sampai musolla pon bole dnga. Haha tade lah, tipu sangat tuh. Yang pastinye memang kuat gila la bunyik die. Kalo boleh macam nak hempuk je mesen tu bagi dia diam. Baru settle masalah. Tapi tak boleh la. Nanti KUMAYL marah. Haha
NAK TAU TAK PORT RASMI TUK SIMPAN BARANG LARANGAN KITORANG KAT MANA?
Selalunya orang simpan MP3 la. Tempat die kat dalam tiang katil. Kan setiap tiang katil ade penutup kan? Haa.. bukakla penutup tu then isi surat khabar, bagi jadi base die. Then ltakla ape yang korang nak letak. Tapi budak dorm aku baik2 la. Spanjang setaun tu takde la yang bawak phone. nak dekat SPM tu la baru Nampak sikit ade yang baak. Tapi kitorang hormat la orang lain, tak gune open2. Kalau nak tepon mak pon nyorok2 bawah katil ke, blakang locker ke. Haha. Asalkan orang tak Nampak.
Gambar Hiasan, hiasan lah sangat..haha! (time spm,bukan katil aku okay)
THEN bile dah waktu SPM tu baru lah Nampak ramai yang bawak. Boleh dkatekan sume la. KALO NAK TAU LA phone tu medium paling penting tuk kitorang (putera) untuk berhubung antara satu sama lain. Nak tempah makanan ke, nak bagi soalan spot ke, nak tanye khabar ke , nak call mak ayah ke,  sume guna medium tu la. Haha. :) kire time SPM public tu da tade function la. Hanya  sekadar hiasan! Haha.
PLAYSTATION juga tidak ketinggalan. Kan nak tunggu gap antare satu kertas ngan kertas laen tu kadang2 lame kan. Ade yang seminggu lebih, so kitorang ngan bijaknye buat la satu liga ni. LIGA PS FRONTAGE. Haha. Die maen macam piale la. Kalah mati. Tapi liga ni tak tahan lame pun, sampai suku akhir je. Patu diam. Haahha. Kalau malam2 tu memang ramai la yang nak ‘after’ maen game. Biase nye kitorang mane PRO EVOLUTION SOCCER, game bola la. Tapi kalau hujung minggu malam2 maen sampai pukul 10 je. Lepastu dah kira movie time pulak! Ahahaaa. Ni jadual dy.

MASA: lepas isyak-10 malam
AKTIVITI: Play Station
PIHAK TERLIBAT: semua pelajar form 5 sahaja.
TEMPAT: BILIK TV

MASA:10 malam- 2 pagi
AKTIVITI: Tayangan perdana
PIHAK TERLIBAT: Form 5 sahaja :)
TEMPAT: BILIK TV

Kira bilik tv tu kitorang gunakanlah sebaik-baiknye. Hehe :)

Gambar hiasan


SATU BENDA YANG AU PALING RESPECT KAT BUDAK FORM 5.
Solat maghrib ngan isyak tak pernah tak full.
Perghh~ memang tabik la. Kire takde kut aku rase yang ‘sodorm’ sepanjang SPM. Korang memang terhebat!
Aku rase sampai situ dulu kot aku cerita kalini. Ni pon dah panjang sangat dah ni. Haha! Hope korang enjoy la bace post  ni. Aku tau korang memang nak balik skolah balik kan? Nak duduk asrama balek kan? ngaku je la. Haha. Tu la bile dah duk hostel, sebok nak balik la  kate duk hostel tak best la. Bile dah balik umah, sebok nak duk hostel balik, nil ah manusia. Tapi korang kene ingat tau , kat luar sane pandai2 bawak diri, jangan hipokrit, depan orang ni lain, depan orang ni pulak lain. Janga sekali kali tau! Orang tak suka kita nanti. Ni aku ingatkan kat diri aku gak la ni. Ingat, life kat luar memang totally berbeza ngan smap. Kita piker bila kita buat something yang bukan2 kat smap dah kira terok la tu. Tapi realitinya kat lur tu bende biase. So janga culture shock sangat la pulak. Kang makan diri. Okay itu ajee.

Babai assalamualaikum kawan :)

Khamis, Januari 10, 2013

PLKN :)


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
Setelah bekurun lame aku tak update blog yang dah bekarat ni…akhirnya…aku update juga J.

seda tak seda, aku dah besa dah. Dah tak sekolah dah. Da boleh jadi bapak orang dah. Dah tayah pakai baju sekolah dah. HAHAA. Sume lah. 

 Okay kawan2 aku sume dah pegi PLKN dah
J. Untunglah dapat pegi. Semalam ramai yang tanye aku. 
 
“Gym!, ko pegi tak?” “weh, ko pegi tak PLKN?” “faiz, apasal ko on9 lagi, dah packing belom?”
hahahaa…bederet orang chat, sampai dah tak muat dah ruang kat bawah fb tuh.

hahaha. Mybe diorang tak tahu lagi.
AKU TAK PEGI LAH KAWAN !
J
Haha. Ape ape lah…

Yang penting. GUDLUCK lah kat member2 yang pegi PLKN. Hope korang enjoy kat sana! J
Aku doakan yang terbaek untuk koang.
Haha. BYE ASSALAMUALAIKUM!

Selasa, Januari 08, 2013

5 Ar-Razi 2012 Sepanjang Zaman :)







Assalamualaikum RAKAN RAKAN ! :)
nama saye seperti biase lah, FAIZ HAZIM, tak ubah pon lagi.
Haha, lame gila kut tak update blog yang dah bekarat ni, dah berhabuk dah, dah bersarang dah. Nasib baik takde ulat. HAHA!:).
KORANG RASE AKU NAK CAKAP PASAL APE KALI NI?

haha, tengok tajok pon dah tahu an. 5 AR-RAZI :)
5R?? ape tuh??? Ouh yang kelas paling lawa tu eh?? Yang KT die ensem tu eh? Yang kelas pling baik tu eh??  Ouh kenalkenal :P
HAHA!, TADELAH. Emm, aku nak ckap pasal kelas aku ni, last year kat smap, tahun 2012. Kalo nak masuk kelas tu, kne lah dapat nombo 60 kebawah something lah time final exam form 4, try ar main, nanti dapat lah…. Haha :P.. kiddin’

Okay kelas RAZI,


 



Memang rindu lah kelas tu, kelas yang member dy ta penah gado, kelas yang hormat antare satu sama lain, kelas yang very sporting, budak gile2 ade, budak yang rajin ade (kaklong), budak senget ade, budak gedik ade, budak cool ade (ni aku kot :P), budak baik ade(aku lagi), budak suare sedap putera sume bekumpul kat situ lah(shadeq). Haha.
Semua tu memang aq dah set dah dalam mind aku ni, dah tak boleh delete dah, memang aku ingat sampai bile2 :). 


Sebab aku pun memang KETUA KELAS kat kelas ni. So aku tau la sekoseko punye perangai.
HAHA! weeeeeee.....


guru kelas kami sangat baik dan penyayang! UMMI SALWA :)

okeh budak2 yang dapat PLKN kelas ni ialah Arif, Ammar,Faiz Hazim, Kumayl, Farah Aina, Noori Adibah, dan Suraiya. ni lah wira dan wirawati kelas ni.

banyak gak aktiviti sepanjang taon 2012 yang ktorang buat, dah mcm tringat time skolah rendah dulu, slalu pegi rombongan, jamuan dan lainlain, ahahaaa.. :)

ni aktiviti yang dianjurkan,

1) Rombongan Matapelajaran sivik ke tanjung piai!  :D



the best rombongan ever.... :)
disini kami mengenal erti persahabatan, ada yang bergaduh, then baik balik, ahhahaa.. sweet, then ade yang tertinggal mase pegi pulau, then ade yang cari, gaduh ngan shadeq dalam dorm, then dalam bas baik balik, haha, macam2 pengalman ade kat sana. seronok sangat!
Monsieur Amir yang tabah melayan kerenah kami!
sayang monseur! :)
Putera2 terakhir.! haha

ni antare budak kecoh dalam kelas kamii.. weeeeee :P

Puteri-puteri yang mempunyai pelbagai kerenah tersendiri :)

Disinilah Solehah(Penolong ketua tingkatan) dan Aisyah Rabihah hilang.... haha :)

yang paling penting!, kitorang diberi pengalaman tuk tanam pokok bakau sendiri! wohoooo, main selutt

Disinilah tempat kami bermalam, such a nice and peacefull place :)


tuk pengetahuan la, time malam kitorang tido kat tanjung piai tu, aku bejage sampai pukul 1 lbih untuk menjaga tingkahlaku budak2 kecik yang suke main niyh! hahaaa, bile aku tengok sume dah masuk bilik, then baru aku ajak tani balik. ktorang duduk kat jambatan tengah laut sambil melihat pelabuhan singapura yang begitu sibuk.. woohooooo, satu pengalaman yang baik!. tahniah kepada saya.. :)

 okay ni mase kitorang melawat kilang biskut LEE. Abang yg kat LEE tu agak baik dan peramah la, sempoi je, kat dalam tu ktorang ronde2 satu kilang tengok cne diowang buat biskut. not bad. menarik jugak la. another satu pengalaman yang berguna :)


2)MAKAN MALAM BERSAMA PAKCIK!

HAHA, time ni memang seronok sangat! dapat makan banyak2, dapat minum banyak2..weee
menu:
1)nasi
2)tomyam
3)ikan siakap masak 3rasa
4)kailan ikan masin
5)paprik ayam :)
6)air sirap
7)patotnye ade kek, tapi tak dapat. haha
lepas makan kitorang bersalaman ngan ustazah! waa.. da macam anak ustazah dah kitorang nyyy :)

dapat detect tak sape yang paleng pemalu? haha

HAHAHAAA! huh penat bercerita, haha. seyes akurindu pengalaman duduk kelas. Buat keceriaan, ROSAKKAN keceriaan, SEPAHkan kelas. pastu takreti nak kemas balek.! haha. APEPEE lah korang ni. Ade je perangai pelik2. TAPE2 lpas ny knangan indah camni kite dah takbole dapat dah kat mane2. hope         
pengalaman2 camni dapat buat kita jadi lebih kuat kat luar sana. :'( .ingat tau ape pesan ustazah. BeLAJA RAJEN2. jage maruah diri. :)
ingat tau korang!!!!!
haha.sini sajalah.okay bye :)