Rabu, Julai 02, 2014

weh korang..psssss

dunia tak seindah yang kita sangka kan

kadang tu, kita rasa sesuatu tu memang dah cukup baik lah untuk kita, padahal bende tu tak baik bagi kita

and vice versa

aku nak cakap

apa2 pon yang kita buat

ingat Allah!

SABAR ITU INDAH ^^

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
ﺳْﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْﻢ
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta
para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Dunia pekerjaan memang memberikan pengaruh yang cukup terkesan dalam kehidupan. Apa tidaknya, satu pertiga daripada
kehidupan seharian diluangkan di tempat kerja.
Tekanan disebabkan pekerjaan merupakan satu masaalah yang ramai dihadapi oleh manusia ianya memberi kesan kepada
personaliti dan reaksi tubuh badan dan mental seseorang. Persekitaran pekerjaan memberikan desakan dan tekanan tertentu
yang merangsang tindak balas individu secara mental dan fizikal. Ramai manusia mengalami tekanan jiwa dan mental jika
tidak diurus dengan sempurna boleh mendatangkan sakit jiwa dan gangguan pemikiran .
Tugas yang terlalu banyak, hubungan dengan rakan sekerja yang tidak baik, ketua yang suka marah-marah dan suasana kerja
yang tidak selesa adalah contoh persekitaran kerja yang memberi tekanan negatif. Di tambah pula dengan masalah kesihatan
yang dihadapi, masaalah dengan isteri, anak-anak, ibu bapa, saudara-mara, , sahabat-sahabat dalam organisasi dan lain-lain
lagi. Tekanan ini seterusnya memberi impak terhadap kesihatan psikologi dan fisiologi seseorang individu sekiranya ia tidak
ditadbir dan tidak dikawal dengan metodologi yang tepat.
Banyak implikasi negatif berlaku apabila seseorang tidak dapat mengawal tekanan di tempat kerjanya dan dengan
keluarganya. Sifat sabar sudah bertukar menjadi panas baran, murung, gelisah, kelesuan, sentiasa rasa bersalah, ketakutan,
dan hilang tumpuan adalah antara kesannya.
Kadang kala, ada dalam kalangan kita yang mencari jalan singkat dan salah dalam mengatasi tekanan seperti ponteng kerja,
melakukan masaalah disiplin di tempat kerja, merokok, meminum arak dan sebagainya.
Berlaku juga kes-kes di mana individu yang tertekan di tempat kerja melepaskan tekanan di rumah yang mewujudkan pula
masalah rumahtangga seperti pertengkaran dengan pasangan hidup, mendera anak, mendera pembantu rumah dan
sebagainya.
Sebagai seorang mukmin, kita perlu sedar bahawa kaedah terbaik menangani tekanan kerja sebegini adalah dengan
berpegang erat kepada ajaran dan syariat Islam.
Islam telah menetapkan bahawa seseorang yang menghadapi tekanan dan kesusahan perlulah bersabar, tenang, sentiasa
rasional dan yakin dengan ketentuan Allah SWT.
Allah SWT telah memberikan panduan terbaik dalam menangani tekanan sebegini melalui firman-Nya dalam surah al-
Baqarah ayat 155-156, maksudnya: "Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada
musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman.
Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu
kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
Sahabat yang dimuliakan,
Seorang mukmin dengan ketakwaannya kepada Allah SWT., memiliki kebahagiaan yang hakiki dalam hatinya, maka masaalah
apapun yang dihadapinya di dunia ini tidak membuatnya mengeluh atau berdukacita, apalagi berputus asa. Hal ini
disebabkan kerana keimanannya yang kuat kepada Allah SWT sehingga membuat dia yakin bahawa apapun ketetapan yang
Allah SWT. berikan untuk dirinya maka itulah yang terbaik baginya. Dengan keyakinannya ini Allah SWT. akan memberikan
balasan kebaikan baginya berupa ketenangan dan ketabahan dalam jiwanya. Inilah yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam
firman-Nya,
ﻣَﺎ ﺃَﺻَﺎﺏَ ﻣِﻦْ ﻣُﺼِﻴﺒَﺔٍ ﺇِﻟَّﺎ ﺑِﺈِﺫْﻥِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻭَﻣَﻦْ ﻳُﺆْﻣِﻦْ ﺑِﺎﻟﻠَّﻪِ ﻳَﻬْﺪِ ﻗَﻠْﺒَﻪُ ﻭَﺍﻟﻠَّﻪُ ﺑِﻜُﻞِّ ﺷَﻲْﺀٍ ﻋَﻠِﻴﻢٌ
Maksudnya : “Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa (seseorang) kecuali denga izin Allah; 'Dan barang siapa yang
beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk ke (dalam) hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala
sesuatu.” (Surah At Taghaabun ayat 11)
Ibnu Katsir mengatakan, “Makna ayat ini: seseorang yang ditimpa musibah dan dia meyakini bahawa musibah tersebut
merupakan ketentuan dan takdir Allah, sehingga dia bersabar dan mengharapkan (balasan pahala dari Allah), disertai
(perasaan) tunduk berserah diri kepada ketentuan Allah tersebut, maka Allah akan memberikan petunjuk ke (dalam) hatinya
dan menggantikan musibah dunia yang menimpanya dengan petunjuk dan keyakinan yang benar dalam hatinya, bahkan boleh
jadi Dia akan menggantikan apa yang hilang darinya dengan yang lebih baik baginya.”
(Tafsir Ibnu Katsir, 8/137)
Inilah sikap seorang mukmin dalam menghadapi musibah yang menimpanya. Meskipun Allah SWT dengan hikmah-Nya yang
Maha sempurna telah menetapkan bahawa musibah itu akan menimpa semua manusia, baik orang yang beriman maupun
orang kafir, akan tetapi orang yang beriman memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang kafir, iaitu ketabahan dan
pengharapan pahala dari Allah SWT. dalam mengahadapi musibah tersebut. Tentu sahaja semua ini akan semakin
meringankan beratnya musibah tersebut bagi seorang mukmin.
Dalam menjelaskan hikmah yang agung ini, Ibnul Qayyim mengatakan, “Sesungguhnya semua (musibah) yang menimpa
orang-orang yang beriman dalam (menjalankan agama) Allah senantiasa disertai dengan sikap redha dan ihtisab
(mengharapkan pahala dari-Nya). Orang mukmin pegangan mereka adalah sikap sabar dan ihtisab (mengharapkan pahala
dari-Nya). Ini (semua) akan meringankan beratnya beban musibah tersebut. Kerana setiap kali mereka menyaksikan
(mengingat) balasan (kebaikan) tersebut, akan terasa ringan bagi mereka menghadapi kesusahan dan musibah tersebut.
Adapun orang-orang kafir, maka mereka tidak memiliki sikap redha dan tidak pula ihtisab (mengharapkan pahala dari-Nya).
Kalaupun mereka bersabar (menahan diri), maka (tidak lebih) seperti kesabaran hewan-hewan (ketika mengalami kesusahan).
Sungguh Allah telah mengingatkan hal ini dalam firman-Nya,
ﻭَﻻ ﺗَﻬِﻨُﻮﺍ ﻓِﻲ ﺍﺑْﺘِﻐَﺎﺀِ ﺍﻟْﻘَﻮْﻡِ ﺇِﻥْ ﺗَﻜُﻮﻧُﻮﺍ ﺗَﺄْﻟَﻤُﻮﻥَ ﻓَﺈِﻧَّﻬُﻢْ ﻳَﺄْﻟَﻤُﻮﻥَ ﻛَﻤَﺎ ﺗَﺄْﻟَﻤُﻮﻥَ ﻭَﺗَﺮْﺟُﻮﻥَ ﻣِﻦَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻣَﺎ ﻻ ﻳَﺮْﺟُﻮﻥَ
Maksudnya : “Janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). Jika kamu menderita kesakitan, maka
sesungguhnya merekapun menderita kesakitan (pula), sebagaimana kamu menderitanya, sedang kamu mengharap dari Allah
apa yang tidak mereka harapkan.” (Surah An Nisaa’: 104)
Oleh kerana itu, orang-orang mukmin maupun kafir sama-sama menderita kesakitan. Akan tetapi, orang-orang mukmin
mempunyai keistimewaan dengan pengharapan pahala dan mendekatkandiri kepada Allah SWT.” (Ighaatsatul Lahfan, hal.
421-422, Mawaaridul Amaan)
Sahabat yang dikasihi,
Sebagaimana ketentuan Allah SWT bahawa setiap apa yang ada di dunia ini berpasangan, seperti mana siang dan malam
atau lelaki dan perempuan, begitu jugalah kesenangan dan kesukaran atau rahmat dan dugaan. Kita harus menerima hakikat
bahawa kehidupan manusia akan selalu diuji oleh Allah SWT.
Kita perlu meletakkan keyakinan bahawa ujian seperti masaalah ditempat kerja, menghidap penyakit, masaalah rumah
tangga, kemerosotan dalam perniagaan, perselisihan faham dengan ahli keluarga dan jiran tetangga adalah bertujuan untuk
memantapkan nilai-nilai keimanan, ketakwaan, kesyukuran dan rasa cinta kita kepada-Nya.
Apabila kita yakin, dengan izin Allah SWT, segala permasalahan yang membelenggu diri akan dirungkaikan dan akhirnya kita
berjaya menghadapi tekanan dengan tenang dan berjaya.
Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam surah al-Fath ayat 4 maksudnya: "(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu)
Dialah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman supaya mereka bertambah
iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan
bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.'
Akhirkata hayatilah firman Allah SWT maksudnya :"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan
bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang
sabar." (Surah al-Baqarah ayat 153)

Selasa, Disember 17, 2013

Random

Assalamualaikum....

Awak...kalau nak pakai tudung pakai elok2..jgn jarang2...pendek apatah lagi..

Kbye :)

Sabtu, November 16, 2013

Renungan untuk hari ini :)

Kembali pulang

Erkkkkkk

Assalamualaikum!!
Aku rasa dah lama gia aku tak post...

Maklumlaaa..budak u..

Banyak lagi hal lain yg nak dipikirkan.. heeee :3

Post ni just aku nak testing je..

K no point
Kbye :3

Selasa, Februari 19, 2013

Kebahagiaan sebenar

'Ada yang berpendapat mencari kebahagiaan itu ibarat mengutip serpihan kaca yang pecah. Ada yang berjaya mengutip dengan banyak dan ada yang megutip paling sedikit.Tapi tiada seorang pun yang berjaya mengutip kesemuanya. Kerana tatkala mengutipnya pasti ada yang terluka..'
Pernahkah kita bertanya dengan diri kita, adakah kita ini di antara orang yang bahagia? Mungkin ada di antara kita pada ketika ini memiliki harta yang melimpah ruah, tetapi tidak merasa bahagia. Ada pula yang memiliki kemasyhuran dan kedudukan yang tinggi, namun tidak pernah merasa bahagia.

Kalau begitu, ternyata ukuran bahagia itu tidak terletak pada banyaknya harta, bukannya pada jawatan dan kedudukan, bukan juga pada ketokohan seseorang dan juga bukan dengan peluang melancong ke merata tempat. Lalu, di manakah kebahagiaan itu, dan bagaimana pula kita dapat mengecapinya ?

Allah SWT berfirman:
Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, Maka Sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan Sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”. (Q.S.An-Nahl (16) : 97).

Telah jelas dan tegas penjelasan Allah SWT pada surat An-Nahl ayat 97 ini bahwa satu-satunya cara memperoleh kebahagiaan atau kehidupan yang baik itu adalah dengan mengerjakan amal-amal sholeh; iaitu taat pada suruhannya dan menjalankan segala perintah serta larangan-Nya.
Inilah konsep kebahagiaan yang hakiki; yaitu tujuan hidup kita di dunia ini, baik dalam belajar, bekerja, ataupun berusaha, hanya satu saja “Mendapatkan Redha Allah SWT

Isnin, Februari 04, 2013

AKU? erkk!




Tarikh aku dilahirkan dalam kedua-dua tahun hijrah dan masihi adalah sama, 18 haribulan. Ramadhan dan Februari. Tarikh yang begitu unik itu membuatkan aku berasa bertapa istimewanya aku dilahirkan di bumi ini. Alhamdulillah, segala puji hanya untuk MU ya Allah, kerana ku dilahirkan dalam keadaan sihat sempurna tanpa sebarang kecacatan.


Aku yang merupakan anak ke dua daripada 3 adik beradik, juga adalah seorang anak tunggal lelaki di dalam keluarga. Tanggungjawab yang besar ini tidak aku sedari sepanjang aku menempuh alam bayi, kanak-kanak, alam persekolahan sehinggalah aku di alam sekolah menengah. Pada tempoh masa ini, aku mula merasakan bahawa akulah satu-satunya harapan mak ayah aku. Aku tahu mereka hendak melihat aku membesar dan berjaya dalam setiap apa yang aku lakukan.

Okay, berbalik pada alam kanak-kanak. Pada alam ini, sewaktu aku berusia 5 tahun, aku mula dihantarkan oleh mak dan ayah aku di sekolah. Sekolah pertama yang menjadi tumpuan ayah aku adalah Tahfiz bukit kuda. Tapi, aku tak bertahan lama dekat situ, 4 bulan sahaja lebih kurang. Lagipun aku menghidapi sakit ‘benguk’ dalam sebulan macam tu la.


“Hazim !, Hazim nak sekolah kat situ lagi tak?” Ayah aku bertanya.

“Taknak la yah! Ajim taknak sekolah kat situ”

Okay bermula saat itu aku dipindahkan pula di Taska Abim, Shah Alam. Alhamdulillah, aku semakin selesa di situ. Kawan-kawan mula mengenali aku. Bermain bersama, gelak bersama. Apa yang aku masih ingat, rakan yang aku rapat ada 3 orang. Ahnaf Nassai’e, Salman, dan Nurshareena. Aku sering bermain dengan mereka la. Akademik dan sahsiah aku semakin menyerlah dan menarik perhatian guru-guru di situ. Sewaktu aku berumur 6 tahun, aku diberi kepercayaan oleh guru besar di situ sebagai ketua murid. Akademik aku pun selalu mendapat yang terbaik dalam setiap ujian. Pada akhir tahun 2001, aku dianugerahkan sebagai seorang daripada 3 pelajar cemerlang daerah Shah Alam. Aku sangat gembire dapat membuatkan ayah dan ibu aku bangga dengan aku. :)

Aku kemudiannya dihantarkan ke sebuah sekolah rendah integrasi di sekitar kawasan Shah Alam. Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 19 Shah Alam. Aku dilantik sebagai ketua kelas di kelas yang pertama daripada 7 buah kelas. 1 Limau. Aku pernah discandal kan dengan Nurin Jeslina, penolong ketua kelas 1 Limau, tetapi pada masa itu, aku lebih berminat kepada Young Kamila, senyumannya yang manis membuatkan aku terjatuh! haha! Cinta budak-budak. Satu perkara yang aku masih ingat adalah ketika guru kelas kami merajuk dengan kami, lalu berlari keluar dari kelas dan masuk ke dalam tandas sambil menghempas daun pintu! Wow! Dashat kan?.. emm, biasalah, budak-budak, nakal la sikit. Dan aku juga pernah didenda duduk bersila di luar kelas kerana tidak siap kerja sekolah. Muka kami diconteng dengan pen marker whiteboard seperti misai kucing. :) Malu juga masa tu. Tetapi, cikgu memberikan kami syarat sekiranya kami hendak masuk ke dalam kelas. Syaratnya ialah, MENANGIS! . haha. Aku dengan bijaknye menjolok tekak hanya untuk menimbulkan rasa mual supaya air mata boleh mengalir! Ahaaahaa. Bijak bukan? Dan sebab itu jugalah aku dilepaskan daripada hukuman tersebut.

“Faiz! Awak boleh masuk!”

“Terima kasih Cikgu!”

Weeeeee~


Setahun berlalu, dan aku sekarang berada di darjah 2. 2 Tekun. Masih kelas yang pertama. Pada zaman ini lah aku mula berjinak-jinak hendak bermain. Pelajaran aku mula merosot sedikit. Pada waktu itu, kereta DASH, dan BAYBLADE sangat popular dalam kalangan pelajar sekolah. Aku tertarik dengan kawan aku yang mempunyai permainan BAYBLADE sendiri. Jadi aku meminta wang dari Ayah untuk membeli mainan tersebut. 5 Ringgit cukup besar bagi aku pada waktu itu. Aku dengan bangganya memberikan duit itu kepada rakan aku untuk membelikan aku mainan yang sama di kedai yang berdekatan. Namun, rakan aku itu tidak dapat membelikan mainan itu kepada aku dengan alasan mainan itu sudah habis. Duit aku dipulangkan. Keinginan aku untuk memiliki apa yang rakan-rakan aku perolehi semakin membara! ‘Pensil tekan!!’… aku tertarik dengan pensil tekan, kerana sebelum ini aku hanya mempunyai pensil kayu. Jadi aku dengan bijaknya pergi kekedai buku untuk membelinya. Harga pensil tekan itu adalah RM 2.50. Oleh kerana aku tidak tahu untuk mengira berapa bakinya, aku memesan dua pansil tekan. Okay dah takde baki, senang kerja aku. HAHA! Duit 5 ringgit aku lesap dan kini aku mempunyai dua batang pensil. Aku boleh menunjukkan pensil itu kepada kawan-kawan aku, tak sabar nak pergi kelas. :p



To be continue :)