Jumaat, Januari 11, 2013

My Senior Year :)




Assalamualaikum, hai anda apa khabar? Kalau sihat baguslah, Alhamdulillah.
Post kali ni aku nak cerita sikit lah pasal life as a senior year aku kat Smap LABU :). Banyak kenangan manis bersama kawan-kawan aku kat sekolah. Dan aku rase form 5 la zaman kegemilangan aku kat SMAP labu tuh! Seyes best gila!
Kalau aku nak cerita sume benda tak sempat kot. Sebab banyak sangat bende yang terjadi since awal tahun. Weeeeee~

Okay nak start dari mana ye? Ha. DORM AKU LAH, HARISI.:)
Okay ‘harisi’ ni name dorm tuk pengetahuan korang. Dorm ni dihuni oleh jejaka2 hensem tingkatan 5 rumah ABU BAKAR. Haha. Okay nak sebut lah ahli2 die. ASYRAF as House capt, Aku vice capt, Zahir yang sentiasa mengungguli carta peperiksaan batch since form 4, Ahmad Danial yang sangat aktif dalam silat dan takraw, Izzuddin yang sangat gigih menela’ah mata pelajaran setiap kali peperiksaan, Afiq yang amat baik hati menghulurkan bantuan makanan setiap hari kerana kami memerlukan, hahahaa. Lepastu Aziz   yang sangat cool dan baik dan pandai lukis tetapi kadang2 gila2 jugak, :) .Arif yang sangat pendiam dan hanya akan bersuara jika orang bertanya. Haha! dan akhir sekali naqib yang sangat baik hati dan boleh jadi sangat gila, haha! dan kadangkala mengikuti zahir dalam ranking batch! Budak haitham la katekan.
Okay habis cerita pasal dorm.haha.
Jadi dengan budak2 ni la aku habiskan masa aku sepanjang tahun, melepak, menggila, study same2, buat bende bukan2, haha! Standard la . laki an. Seyes banyak bende kitorang buat.Lagipon kitorang je dorm form 5 yang dapat katil single selain dorm MT MPP. Kire darjat kami ni tinggi la jugak. Haha! Kiddin’
JADI POINT PENTING YANG AKU NAK TEKANKAN KAT SINI ADALAH! >>>

Jeng jeng jeng~
AKTIVITI KAMI SEBAGAI SENIOR SEPANJANG TAHUN!  Weee~
Okay, kalau cakap je form 5, mesti dah kira hebat kan? Kan kan kan? Haha. Tapi kitorang tak camtu. Kitorang low profile lah. Biase biase je. Alah merendah diri pulak. Haha. Kitorang takde lah taiko sangat pon kat asrama tu. Just suruh2 junior je la. Lumrah la tu. Tapi kitorang kalau suruh pun tadelah maki2 budak tu. Tak main la care kotor  tu. Kitorang suruh elok2 je tau. So budak junior takde lah terase hati pun ngan kitorang. Baik kan kitorang? Haha :P
Okay sambung, bende yang paling aku takboleh lupekan ialah.
MAIN BOLA!
Kitorang ni kalau maen bola punye lah mangat nak gol. Tak kira la ape care pon. Semangat la yang pastinye! Haha. Ade yang pakai kasut, ade yang tak pakai. Yang tak pakai tu kira dah pro lah. Haha. Tapi majoriti ta pakai la. Emmm, kalo maen stiap hari, CONFIRM TEGANG GILA SITUASI. Kat atas padang tak sah la kalau tak perang mulut antara team dengan team yang lain. Haha! Ade je isu, cam budak2 je. Itu tak kene, ini tak kene. Tapi yang spesyel nye kalau habis je match, confirm baik balik. Kira atas padang lain cerita, sambung esok. Haha! Bukan bukan je perangai dak2 ni. Tapi sweet gila pulak bila teringat balik. Haha.waaaaaaa..rindu. 

Okeh sambung lagi. Isu panas yang kedua ialah mesen basuh. HAAHAAA. Mesen basuh kat hostel tu terkenal dengan bunyik nya. Kalo spin tu satu asrama boleh denga. Sampai musolla pon bole dnga. Haha tade lah, tipu sangat tuh. Yang pastinye memang kuat gila la bunyik die. Kalo boleh macam nak hempuk je mesen tu bagi dia diam. Baru settle masalah. Tapi tak boleh la. Nanti KUMAYL marah. Haha
NAK TAU TAK PORT RASMI TUK SIMPAN BARANG LARANGAN KITORANG KAT MANA?
Selalunya orang simpan MP3 la. Tempat die kat dalam tiang katil. Kan setiap tiang katil ade penutup kan? Haa.. bukakla penutup tu then isi surat khabar, bagi jadi base die. Then ltakla ape yang korang nak letak. Tapi budak dorm aku baik2 la. Spanjang setaun tu takde la yang bawak phone. nak dekat SPM tu la baru Nampak sikit ade yang baak. Tapi kitorang hormat la orang lain, tak gune open2. Kalau nak tepon mak pon nyorok2 bawah katil ke, blakang locker ke. Haha. Asalkan orang tak Nampak.
Gambar Hiasan, hiasan lah sangat..haha! (time spm,bukan katil aku okay)
THEN bile dah waktu SPM tu baru lah Nampak ramai yang bawak. Boleh dkatekan sume la. KALO NAK TAU LA phone tu medium paling penting tuk kitorang (putera) untuk berhubung antara satu sama lain. Nak tempah makanan ke, nak bagi soalan spot ke, nak tanye khabar ke , nak call mak ayah ke,  sume guna medium tu la. Haha. :) kire time SPM public tu da tade function la. Hanya  sekadar hiasan! Haha.
PLAYSTATION juga tidak ketinggalan. Kan nak tunggu gap antare satu kertas ngan kertas laen tu kadang2 lame kan. Ade yang seminggu lebih, so kitorang ngan bijaknye buat la satu liga ni. LIGA PS FRONTAGE. Haha. Die maen macam piale la. Kalah mati. Tapi liga ni tak tahan lame pun, sampai suku akhir je. Patu diam. Haahha. Kalau malam2 tu memang ramai la yang nak ‘after’ maen game. Biase nye kitorang mane PRO EVOLUTION SOCCER, game bola la. Tapi kalau hujung minggu malam2 maen sampai pukul 10 je. Lepastu dah kira movie time pulak! Ahahaaa. Ni jadual dy.

MASA: lepas isyak-10 malam
AKTIVITI: Play Station
PIHAK TERLIBAT: semua pelajar form 5 sahaja.
TEMPAT: BILIK TV

MASA:10 malam- 2 pagi
AKTIVITI: Tayangan perdana
PIHAK TERLIBAT: Form 5 sahaja :)
TEMPAT: BILIK TV

Kira bilik tv tu kitorang gunakanlah sebaik-baiknye. Hehe :)

Gambar hiasan


SATU BENDA YANG AU PALING RESPECT KAT BUDAK FORM 5.
Solat maghrib ngan isyak tak pernah tak full.
Perghh~ memang tabik la. Kire takde kut aku rase yang ‘sodorm’ sepanjang SPM. Korang memang terhebat!
Aku rase sampai situ dulu kot aku cerita kalini. Ni pon dah panjang sangat dah ni. Haha! Hope korang enjoy la bace post  ni. Aku tau korang memang nak balik skolah balik kan? Nak duduk asrama balek kan? ngaku je la. Haha. Tu la bile dah duk hostel, sebok nak balik la  kate duk hostel tak best la. Bile dah balik umah, sebok nak duk hostel balik, nil ah manusia. Tapi korang kene ingat tau , kat luar sane pandai2 bawak diri, jangan hipokrit, depan orang ni lain, depan orang ni pulak lain. Janga sekali kali tau! Orang tak suka kita nanti. Ni aku ingatkan kat diri aku gak la ni. Ingat, life kat luar memang totally berbeza ngan smap. Kita piker bila kita buat something yang bukan2 kat smap dah kira terok la tu. Tapi realitinya kat lur tu bende biase. So janga culture shock sangat la pulak. Kang makan diri. Okay itu ajee.

Babai assalamualaikum kawan :)

Khamis, Januari 10, 2013

PLKN :)


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
Setelah bekurun lame aku tak update blog yang dah bekarat ni…akhirnya…aku update juga J.

seda tak seda, aku dah besa dah. Dah tak sekolah dah. Da boleh jadi bapak orang dah. Dah tayah pakai baju sekolah dah. HAHAA. Sume lah. 

 Okay kawan2 aku sume dah pegi PLKN dah
J. Untunglah dapat pegi. Semalam ramai yang tanye aku. 
 
“Gym!, ko pegi tak?” “weh, ko pegi tak PLKN?” “faiz, apasal ko on9 lagi, dah packing belom?”
hahahaa…bederet orang chat, sampai dah tak muat dah ruang kat bawah fb tuh.

hahaha. Mybe diorang tak tahu lagi.
AKU TAK PEGI LAH KAWAN !
J
Haha. Ape ape lah…

Yang penting. GUDLUCK lah kat member2 yang pegi PLKN. Hope korang enjoy kat sana! J
Aku doakan yang terbaek untuk koang.
Haha. BYE ASSALAMUALAIKUM!

Selasa, Januari 08, 2013

5 Ar-Razi 2012 Sepanjang Zaman :)







Assalamualaikum RAKAN RAKAN ! :)
nama saye seperti biase lah, FAIZ HAZIM, tak ubah pon lagi.
Haha, lame gila kut tak update blog yang dah bekarat ni, dah berhabuk dah, dah bersarang dah. Nasib baik takde ulat. HAHA!:).
KORANG RASE AKU NAK CAKAP PASAL APE KALI NI?

haha, tengok tajok pon dah tahu an. 5 AR-RAZI :)
5R?? ape tuh??? Ouh yang kelas paling lawa tu eh?? Yang KT die ensem tu eh? Yang kelas pling baik tu eh??  Ouh kenalkenal :P
HAHA!, TADELAH. Emm, aku nak ckap pasal kelas aku ni, last year kat smap, tahun 2012. Kalo nak masuk kelas tu, kne lah dapat nombo 60 kebawah something lah time final exam form 4, try ar main, nanti dapat lah…. Haha :P.. kiddin’

Okay kelas RAZI,


 



Memang rindu lah kelas tu, kelas yang member dy ta penah gado, kelas yang hormat antare satu sama lain, kelas yang very sporting, budak gile2 ade, budak yang rajin ade (kaklong), budak senget ade, budak gedik ade, budak cool ade (ni aku kot :P), budak baik ade(aku lagi), budak suare sedap putera sume bekumpul kat situ lah(shadeq). Haha.
Semua tu memang aq dah set dah dalam mind aku ni, dah tak boleh delete dah, memang aku ingat sampai bile2 :). 


Sebab aku pun memang KETUA KELAS kat kelas ni. So aku tau la sekoseko punye perangai.
HAHA! weeeeeee.....


guru kelas kami sangat baik dan penyayang! UMMI SALWA :)

okeh budak2 yang dapat PLKN kelas ni ialah Arif, Ammar,Faiz Hazim, Kumayl, Farah Aina, Noori Adibah, dan Suraiya. ni lah wira dan wirawati kelas ni.

banyak gak aktiviti sepanjang taon 2012 yang ktorang buat, dah mcm tringat time skolah rendah dulu, slalu pegi rombongan, jamuan dan lainlain, ahahaaa.. :)

ni aktiviti yang dianjurkan,

1) Rombongan Matapelajaran sivik ke tanjung piai!  :D



the best rombongan ever.... :)
disini kami mengenal erti persahabatan, ada yang bergaduh, then baik balik, ahhahaa.. sweet, then ade yang tertinggal mase pegi pulau, then ade yang cari, gaduh ngan shadeq dalam dorm, then dalam bas baik balik, haha, macam2 pengalman ade kat sana. seronok sangat!
Monsieur Amir yang tabah melayan kerenah kami!
sayang monseur! :)
Putera2 terakhir.! haha

ni antare budak kecoh dalam kelas kamii.. weeeeee :P

Puteri-puteri yang mempunyai pelbagai kerenah tersendiri :)

Disinilah Solehah(Penolong ketua tingkatan) dan Aisyah Rabihah hilang.... haha :)

yang paling penting!, kitorang diberi pengalaman tuk tanam pokok bakau sendiri! wohoooo, main selutt

Disinilah tempat kami bermalam, such a nice and peacefull place :)


tuk pengetahuan la, time malam kitorang tido kat tanjung piai tu, aku bejage sampai pukul 1 lbih untuk menjaga tingkahlaku budak2 kecik yang suke main niyh! hahaaa, bile aku tengok sume dah masuk bilik, then baru aku ajak tani balik. ktorang duduk kat jambatan tengah laut sambil melihat pelabuhan singapura yang begitu sibuk.. woohooooo, satu pengalaman yang baik!. tahniah kepada saya.. :)

 okay ni mase kitorang melawat kilang biskut LEE. Abang yg kat LEE tu agak baik dan peramah la, sempoi je, kat dalam tu ktorang ronde2 satu kilang tengok cne diowang buat biskut. not bad. menarik jugak la. another satu pengalaman yang berguna :)


2)MAKAN MALAM BERSAMA PAKCIK!

HAHA, time ni memang seronok sangat! dapat makan banyak2, dapat minum banyak2..weee
menu:
1)nasi
2)tomyam
3)ikan siakap masak 3rasa
4)kailan ikan masin
5)paprik ayam :)
6)air sirap
7)patotnye ade kek, tapi tak dapat. haha
lepas makan kitorang bersalaman ngan ustazah! waa.. da macam anak ustazah dah kitorang nyyy :)

dapat detect tak sape yang paleng pemalu? haha

HAHAHAAA! huh penat bercerita, haha. seyes akurindu pengalaman duduk kelas. Buat keceriaan, ROSAKKAN keceriaan, SEPAHkan kelas. pastu takreti nak kemas balek.! haha. APEPEE lah korang ni. Ade je perangai pelik2. TAPE2 lpas ny knangan indah camni kite dah takbole dapat dah kat mane2. hope         
pengalaman2 camni dapat buat kita jadi lebih kuat kat luar sana. :'( .ingat tau ape pesan ustazah. BeLAJA RAJEN2. jage maruah diri. :)
ingat tau korang!!!!!
haha.sini sajalah.okay bye :)

Isnin, Januari 07, 2013

Airbus A380 :)





Hi!

Assalamualaikum, today i gonna to talk about this huge and adorabe aircraft :). this cute plane named airbus a380. i always see this aircraft fly off across my schol every day :). that is one of the reasons why i gonna be a pilot.

The Airbus A380 is a double-deckwide-body, four-engine jet airliner manufactured by the European corporation Airbus, a subsidiary ofEADS. It is the world's largest passenger airliner and, due to its size, many airports have had to upgrade their facilities to properly accommodate it. Initially named Airbus A3XX, the aircraft was designed to challenge Boeing's monopoly in the large-aircraft market; the A380 made its first flight on 27 April 2005 and began commercial service in October 2007 with Singapore Airlines.
The A380's upper deck extends along the entire length of the fuselage, with a width equivalent to a wide-body aircraft. This allows for an A380-800's cabin with 478 square metres (5,145.1 sq ft) of floor space; 49% more floor space than the next-largest airliner, the Boeing 747-400 with 321 square metres (3,455.2 sq ft), and provides seating for 525 people in a typical three-class configuration or up to 853 people in all-economy class configurations. The A380-800 has a design range of 15,400 kilometres (8,300 nmi; 9,600 mi), sufficient to fly from New York to Hong Kong, and a cruising speed of Mach 0.85 (about 900 km/h or 560 mph at cruising altitude).
As of November 2012 there had been 262 firm orders for the A380, of which 92 have been delivered.[1] The largest order, for 90 aircraft, was from Emirates.

wikipedia.

Khamis, Mac 15, 2012

Khutbah terakhir Nabi kita....cuba kita hayati baik2..


Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.
Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.
Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

Sabtu, Disember 24, 2011

Hoi kawan2~...ingat ni~ =)


Assalamualaukum, =)
Kali ni aku tetibe je terpikir pasal laman sosial yang amat dihantui oleh remaja-remaja zaman skunk ni. Tak kesah la FB ke Tuwitter ke, Maisepes ke, Ferendster ke, sama je sume tu. Aku terpikir Kalau kita dah takde nanti sape je yang tau password kite?. tak kesah la...yang aku kesah sangat ni pasal Gambar yang kita upload mese zaman mude2 dulu, betol ke semua gamba yang kite upload tu dah menutupi aurat sesempurnenya? 
Mari kita renung-renungkan bersama fikir-fikirkan bersama jika satu hari nanti kita mati, akaun facebook ini hanya kita yang tahu password hanya kita yang boleh access.. dan selepas kita mati.. apa yang jadi pada akaun fb kita? mungkin ada yang akan ucapkan takziah mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu tetapi.. sedarkah kita gambar-gambar kita.. akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur? gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna macam mana nanti?
lelaki ajnabi terus-terusan tengok dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita.. walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada.. saham dosa terus meningkat.. macam mana? pernah terfikir tak? tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti? legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita? baju yang membalut aurat itu, bagaimana? mungkin kini kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya tapi di akhirnya nanti.. semua itu tidak akan membawa erti semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita..
Cuba kita renung-renungkan, saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~ jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah mati itu pasti persiapkan diri untuk mati itu perlu..
Semoga Allah redha dengan perkongsian ini.
by Ustaz Hashim Al-Maranji

Kawan2, pikir2 kan ea. jangan buat donno je post ni...wslm...peace no war =)

Khamis, Disember 15, 2011

Cara menggunakan Photoshop (Part 1- memotong gambar)

Hoi3.=). Assalamualaikum. Salam sejahtera. 
Kali ini aku nak buat entry pasal cara nak mengedit gambar menggunakan Photoshop.
Kita selalu dengar kan sofware ni kat mane2. Aku rasa dah popular sangat kot. Tak kisah lah.


Sebelum apa2, ELOKLAH aku nak perkenal kan dulu photoshop nih.
cube tengok gamba kat bawah ni.


OKAY aku nak terangkan satu-satu:
  1. File: Yang ni tempat kita nak ambil gambar yang kite nak edit. KELIK saja kat file tuh, then tekan open. Simple kan? =)
 Image: Kat sini korang boleh pilih size gambar yang ko nak. Biase nye lepas dah siap
edit semua la. Patu kelik 'Image size...'. Atau pun korang nak edit contras n brightness.
Kat sini la. Klik adjustment THEN kelik 'Brigtness/Contrast'
Yang button Edit ngan Layer tu biar dulu la. Setakat ni tak penting.

2.  Filter: Bende ni tempat nak edit gambar jadi lebih menarik. KLIK Filter then klik Filter Gallery.

3.  ITU SEMUA BERKAITAN DENGAN FONT.

4.  Yang itu warna yang anda nak pilih.

5.  Tool untuk UNDO.

6.  Ini kotak layer. Kalau kita nak jadikan imej kita kat belakang imej lain, or so on, kat
sini kita boleh adjust.

7.  Move Tool: Untuk menggerakkan imej.

8.  Lasso Tool: Untuk membuat Dotted Line bagi memotong sesuatu imej yang dikehendaki.

9.  Quick Selection Tool dan Magic Wand Tool: Untuk membuat Dotted Line jugak, tapi yang ni untuk imej yang sama warna atau seakan2 sama.

10.  Crop Tool: untuk crop gambar laa.

11.  Eraser Tool

12.  Paint Bucket Tool: Biasenye nak warnakan sesuatu layer la. Gradien Tool pon ade kat sini.

13. Horizontal Type Tool: Disinilah tempat korang nak buat tulisan. Korang boleh buat menegak n melintang. Right klik saja~

14.  Shape tool: Kat sini korang boleh buat SHAPE2 yang korang suke. Klik kanan, patu pilihlah tool ape yang korang nak.

15.  Zoom Tool: Boleh mengezoooom.

16. Set Foreground Tool: Ni betujuan nak tuka2 kaler.

BERMULALAH PEMBELAJARAN KITA PASA HARI INI. kah3 =)

Mula2 korang bukak la photoshop. Seperti yang dipaparkan dibawah ini.


Dah nampak bukan. Patu korang kelik lah button 'FILE' and then kelik open. Patu carik lah gambar kegemaran korang seperti yang disiarkan kat bawah ni.


Dah?. LEPAS ITU dia akan paparkan gambar anda seperti ini. (lihat gambar bawah ni). Dan kelik button LASSO TOOL. Patu pilih Polygonal Lasso tool seperti yang dibawah ni.


Lepas dah siap pilih tool tu kan, Rajinkan lah diri korang tu nak buat Dotted Line. Senang saja. Mulakan Dotted line anda dimana mana yang anda suka kat benda yang anda nak potong. Contohnya orang kat atas ni. (LIHAT GAMBA BAWAH)


Temukan titik akhir DOTTED LINE tu dengan titik awal nya tadi. Secara automatik ia akan membentuk garisan putus2 yang bergerak mengelilingi imej yang anda fokuskan tadi.
Patu~, klik kanan pada mouse anda dan pilih SELECT INVERSE. Pastikan andak klik kana itu diatas kurungan DOTTED LINE yang bergerak tadi tuh. ingat!
(tengok macam bawah)


Kalau dah, patu buat langkah yang bawah ni.

*DOUBLE
Ikut langkah yang diatas tu. Secara outomatik imej anda yang tadinya LOCK kini dah di unlock. Kalu dah setle langkah yang atas tuh, korang terus tekan butang DEL kat keypad korang. Ade~carik la leklok. Dan imej tu akan jadi camni.


Langkah seterusnya, kalini kita nak cari background lain untuk gambar ni. Buat macam mula mula tadi. Klik FILE then OPEN. Cari background korang, dan tekan open. 

DAH? kalau dah kecilkan imej background tu supaya senang nak masukkan imej manusia ni ke dalam nya.
(ikut langkah bawah ni)


lepas tekan tu, dia jadi camni>>


Lepas ikut step2 dalam gambar tu, korang akan dapat imej yang macam ni>>

Kalau nak kecil or besarkan saiz manusia tu... tekan ctrl+T

HAA!!.
kan dah jadi!..
nampak lah kekartunan die tuh. Lek dulu. Blaja yang basic dulu. Lepas dah power ni bolehla aq ajar yang detail nye lagi~...Kah3!

LAST STEP......CARA NAK SAVE.
Tekan FILE, lepas tu pastu tekan SAVE AS...
then tukar format die.
 ikut cam bawah ni.


lepas dah pilih format gambar, then tekan okay.
SIAP!~....

Papepon bende ni kite kene test selalu. Biar mahir sikit.
Baru lah gempak result nya nanti.
Lepas ni aku akan ajar bende yang lagi gempak dari KARTUN atas nih.

haha.GTG... babai salam!
=)