Sabtu, Oktober 22, 2011

Apa erti kemuliaan untuk kita terutamanya pelajar...renung renungkan


Harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama.
Saya amat bersetuju dengan peribahasa di atas,`Manusia mati meninggalkan nama’ lihat sahaja orang yang sudah mati akan dikebumikan ditanah-tanah perkuburan kemudian akan dicacakkan batu nesan yang terukir disitu nama si fulan yang meninggal. Namun bagi orang yang mulia, mereka mati bukan sahaja meninggalkan nama yang terukir di batu nesan bahkan terukir dihati orang ramai.Apa yang saya maksudkan ialah dengan sesuatu kemuliaan kita akan dikenang dan disanjung. Lihat saja baginda Rasulullah S.A.W , seorang manusia yang amat mulia dalam segenap aspek. Nama baginda disebut-sebut hingga ke hari ini. Selain itu,kita lihat tokoh-tokoh lain yang dianggap mulia dalam bidang tertentu seperti Dr.Mahathir,Umar Abdul Aziz,Muhammad Al-Fateh (politik/kepimpinan) atau Ibnu Sina,Al-Khawarizmi,Albert Einstein (sains) atau Dato’ Lee Chong Wei dan Safee Sali (sukan), mereka semua disanjung disebabkan 

tanggapan masyarakat bahawa mereka hebat berdasarkan 
sumbangan mereka.

Mencari mulia jangan sampai tersesat

Mulia itu maksudnya hebat atau tinggi di mata orang lain. Ramai orang yang ingin dipandang 
mulia walau dalam sekecil-kecil hal, sehingga ada kemulian yang dicari itu terkeluar dari landasan islam justeru membawa banyak permasalahan ummah.
Misalnya banyak, salah satunya ialah seorang perempuan yang ingin tampak cantik apabila keluar rumah, dia memakai pakaian yang tidak mengikut syari’at@membuka aurat kerana ingin dipandang cantik namun implikasi dari tindakannya mengundang pezinaan.
Contoh lain adalah, seorang mat rempit yang megah memecut di atas jalan raya, dia ingin disanjung dan dipuji hebat oleh rakan-rakannya tetapi perbuatannya membantu peningkatan statistik kematian di jalan raya.
Adakah ini semua di anggap hebat atau 
mulia? Jawapannya 
tidak. Allah befirman:
Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak. Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya).(Al-Baqarah:212)
 Mulia berlandaskan Islam

Ingatlah kata-kata Saidina Umar yang masyhur ketika beliau  berjaya membebaskan Baitul Maqdis yang berbunyi : 
نَحْنُ  قَوْمٌ أَعَزَّنَا اللهُ بِاللإسْلامِ فَمَهْمَا نبَتْغَيِ العِزَّةَ بِغَيْرِمَا
 أَعَزَّنَا اللهُ أَذَلَّنَا اللهُ
Maksudnya : Kita adalah suatu kaum yang  dimuliakan oleh  Allah  dengan  Islam. Selama mana kita mencari kemuliaan dengan sesuatu  yang bukan  apa yang  telah dimuliakan kita dengannya  iaitu  Islam  maka kita akan dihina oleh Allah.
Berdasarkan kata-kata Saidina Umar r.a  jelas menunjukkan bahawa tanpa Islam kita bukanlah daripada golongan yang mulia. Allah s.w.t juga ada berfirman:
Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allahlah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula diangkatnya naik (sebagai amal yang makbul - yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan sebaliknya : orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa.(Faatir : 10)

 Kemuliaan di sisi Allah S.W.T adalah hak Allah yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki-NYA. Di dalam Islam, kemuliaan seseorang itu adalah bergantung kepada tahap kepatuhannya kepada perintah dan suruhan Allah S.W.T.  Oleh itu, umat Islam perlu mencari kemuliaan di sisi Allah dengan memperbanyakkan ketaatan dan ketundukan kepada segala suruhan dan menjauhi larangan Allah dan Rasul-NYA.


Peranan taqwa

Taqwa diwasiatkan oleh Allah awal-awal lagi kepada Nabi Adam a.s: “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat 
( Al-A’raf : 26)
Taqwa juga diletakan sebagai penanda aras kemuliaan manusia oleh Pencipta manusia sendiri (Allah). Perbezaan manusia dan kemuliaan manusia ditentukan oleh nilai dan kadar taqwanya yang ada di dalam dadanya. Firman Allah:“Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu adalah yang bertaqwa.”(Al-Hujurat: 13)
Seruan Allah pada surat Ali Imran ayat 102, “Bertaqwalah kamu sekalian dengan sebenar-benarnya taqwa dan janganlah kamu sekali-kali mati kecuali dalam keadaan muslim”. Dalam ayat yang lain, Allah menegaskan lagi, “telah Aku wasiatkan kepada orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan kepada kamu agar kamu sekalian bertaqwa kepada Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan