Assalamualaikum,
hai anda apa khabar? Kalau sihat baguslah, Alhamdulillah.
Post kali ni
aku nak cerita sikit lah pasal life as a senior year aku kat Smap LABU :). Banyak kenangan manis bersama
kawan-kawan aku kat sekolah. Dan aku rase form 5 la zaman kegemilangan aku kat
SMAP labu tuh! Seyes best gila!
Kalau aku nak
cerita sume benda tak sempat kot. Sebab banyak sangat bende yang terjadi since
awal tahun. Weeeeee~
Okay nak
start dari mana ye? Ha. DORM AKU LAH, HARISI.:)
Okay ‘harisi’
ni name dorm tuk pengetahuan korang. Dorm ni dihuni oleh jejaka2 hensem
tingkatan 5 rumah ABU BAKAR. Haha. Okay nak sebut lah ahli2 die. ASYRAF as
House capt, Aku vice capt, Zahir yang sentiasa mengungguli carta peperiksaan
batch since form 4, Ahmad Danial yang sangat aktif dalam silat dan takraw,
Izzuddin yang sangat gigih menela’ah mata pelajaran setiap kali peperiksaan,
Afiq yang amat baik hati menghulurkan bantuan makanan setiap hari kerana kami
memerlukan, hahahaa. Lepastu Aziz yang
sangat cool dan baik dan pandai lukis tetapi kadang2 gila2 jugak, :) .Arif yang sangat pendiam dan hanya
akan bersuara jika orang bertanya. Haha! dan akhir sekali naqib yang sangat
baik hati dan boleh jadi sangat gila, haha! dan kadangkala mengikuti zahir
dalam ranking batch! Budak haitham la katekan.
Okay habis
cerita pasal dorm.haha.
Jadi dengan
budak2 ni la aku habiskan masa aku sepanjang tahun, melepak, menggila, study
same2, buat bende bukan2, haha! Standard la . laki an. Seyes banyak bende
kitorang buat.Lagipon kitorang je dorm form 5 yang dapat katil single selain
dorm MT MPP. Kire darjat kami ni tinggi la jugak. Haha! Kiddin’
JADI POINT
PENTING YANG AKU NAK TEKANKAN KAT SINI ADALAH! >>>
AKTIVITI KAMI
SEBAGAI SENIOR SEPANJANG TAHUN! Weee~
Okay, kalau cakap
je form 5, mesti dah kira hebat kan? Kan kan kan? Haha. Tapi kitorang tak
camtu. Kitorang low profile lah. Biase biase je. Alah merendah diri pulak.
Haha. Kitorang takde lah taiko sangat pon kat asrama tu. Just suruh2 junior je
la. Lumrah la tu. Tapi kitorang kalau suruh pun tadelah maki2 budak tu. Tak
main la care kotor tu. Kitorang suruh
elok2 je tau. So budak junior takde lah terase hati pun ngan kitorang. Baik kan
kitorang? Haha :P
Okay sambung,
bende yang paling aku takboleh lupekan ialah.
MAIN BOLA!
Kitorang ni
kalau maen bola punye lah mangat nak gol. Tak kira la ape care pon. Semangat la
yang pastinye! Haha. Ade yang pakai kasut, ade yang tak pakai. Yang tak pakai
tu kira dah pro lah. Haha. Tapi majoriti ta pakai la. Emmm, kalo maen stiap
hari, CONFIRM TEGANG GILA SITUASI. Kat atas padang tak sah la kalau tak perang
mulut antara team dengan team yang lain. Haha! Ade je isu, cam budak2 je. Itu
tak kene, ini tak kene. Tapi yang spesyel nye kalau habis je match, confirm
baik balik. Kira atas padang lain cerita, sambung esok. Haha! Bukan bukan je
perangai dak2 ni. Tapi sweet gila pulak bila teringat balik.
Haha.waaaaaaa..rindu.
Okeh sambung
lagi. Isu panas yang kedua ialah mesen basuh. HAAHAAA. Mesen basuh kat hostel
tu terkenal dengan bunyik nya. Kalo spin tu satu asrama boleh denga. Sampai
musolla pon bole dnga. Haha tade lah, tipu sangat tuh. Yang pastinye memang
kuat gila la bunyik die. Kalo boleh macam nak hempuk je mesen tu bagi dia diam.
Baru settle masalah. Tapi tak boleh la. Nanti KUMAYL marah. Haha
NAK TAU TAK
PORT RASMI TUK SIMPAN BARANG LARANGAN KITORANG KAT MANA?
Selalunya
orang simpan MP3 la. Tempat die kat dalam tiang katil. Kan setiap tiang katil
ade penutup kan? Haa.. bukakla penutup tu then isi surat khabar, bagi jadi base
die. Then ltakla ape yang korang nak letak. Tapi budak dorm aku baik2 la.
Spanjang setaun tu takde la yang bawak phone. nak dekat SPM tu la baru Nampak
sikit ade yang baak. Tapi kitorang hormat la orang lain, tak gune open2. Kalau
nak tepon mak pon nyorok2 bawah katil ke, blakang locker ke. Haha. Asalkan
orang tak Nampak.
![]() |
Gambar Hiasan, hiasan lah sangat..haha! (time spm,bukan katil aku okay) |
THEN bile dah
waktu SPM tu baru lah Nampak ramai yang bawak. Boleh dkatekan sume la. KALO NAK
TAU LA phone tu medium paling penting tuk kitorang (putera) untuk berhubung
antara satu sama lain. Nak tempah makanan ke, nak bagi soalan spot ke, nak
tanye khabar ke , nak call mak ayah ke,
sume guna medium tu la. Haha. :) kire time SPM public tu da tade
function la. Hanya sekadar hiasan! Haha.
PLAYSTATION
juga tidak ketinggalan. Kan nak tunggu gap antare satu kertas ngan kertas laen
tu kadang2 lame kan. Ade yang seminggu lebih, so kitorang ngan bijaknye buat la
satu liga ni. LIGA PS FRONTAGE. Haha. Die maen macam piale la. Kalah mati. Tapi
liga ni tak tahan lame pun, sampai suku akhir je. Patu diam. Haahha. Kalau
malam2 tu memang ramai la yang nak ‘after’ maen game. Biase nye kitorang mane
PRO EVOLUTION SOCCER, game bola la. Tapi kalau hujung minggu malam2 maen sampai
pukul 10 je. Lepastu dah kira movie time pulak! Ahahaaa. Ni jadual dy.
MASA: lepas
isyak-10 malam
AKTIVITI:
Play Station
PIHAK
TERLIBAT: semua pelajar form 5 sahaja.
TEMPAT: BILIK
TV
MASA:10
malam- 2 pagi
AKTIVITI:
Tayangan perdana
PIHAK
TERLIBAT: Form 5 sahaja :)
TEMPAT: BILIK
TV
Kira bilik tv
tu kitorang gunakanlah sebaik-baiknye. Hehe :)
SATU BENDA
YANG AU PALING RESPECT KAT BUDAK FORM 5.
Solat maghrib
ngan isyak tak pernah tak full.
Perghh~
memang tabik la. Kire takde kut aku rase yang ‘sodorm’ sepanjang SPM. Korang
memang terhebat!
Aku rase
sampai situ dulu kot aku cerita kalini. Ni pon dah panjang sangat dah ni. Haha!
Hope korang enjoy la bace post ni. Aku
tau korang memang nak balik skolah balik kan? Nak duduk asrama balek kan? ngaku
je la. Haha. Tu la bile dah duk hostel, sebok nak balik la kate duk hostel tak best la. Bile dah balik
umah, sebok nak duk hostel balik, nil ah manusia. Tapi korang kene ingat tau ,
kat luar sane pandai2 bawak diri, jangan hipokrit, depan orang ni lain, depan
orang ni pulak lain. Janga sekali kali tau! Orang tak suka kita nanti. Ni aku
ingatkan kat diri aku gak la ni. Ingat, life kat luar memang totally berbeza
ngan smap. Kita piker bila kita buat something yang bukan2 kat smap dah kira
terok la tu. Tapi realitinya kat lur tu bende biase. So janga culture shock
sangat la pulak. Kang makan diri. Okay itu ajee.
Babai
assalamualaikum kawan :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan