Isnin, Disember 05, 2011

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

Seperti mana yang kita semua ketahui, kalendar Islam mempunyai 12 bulan sama seperti kalendar Cina yang sering digunakan di Malaysia ketika ini. Ia dimulai dengan bulan Muharam dan diakhiri dengan Zulhijjah. Pada post kali ini, ana ingin berkongsi sedikit sebanyak mengenai bulan yang pertama dalam kalendar Islam iaitu bulan Muharam.


Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah. Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah, ayat ke 91 ;

A091

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepada Nabi Muhammad)", mereka menjawab: "Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami (Taurat)". Dan mereka ingkarkan (Kitab) yang lain yang diturunkan kemudian daripadanya, padahal Al-Quran itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika demikian mengapa kamu membunuh Nabi-nabi Allah pada masa yang lalu kalaulah kamu benar-benar orang-orang yang beriman?". 
(Al-Baqarah 2:91)

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Beberapa peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Muharam.

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.


  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X
Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram) adalah ;
  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
  12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


~ Moga-moga tajuk ini memberi manfaat kepada semua pembaca ~
IHSAN DARI BLOG ISLAM UNTUK SEMUA...

Sabtu, Disember 03, 2011

TEMBOK RINDU~


INI ADALAH PROTOTAIP SEMATA-MATA

SPM 2012~


ASSALAMUALAIKUM~
huh, tengok la tu, camtak pecaye je aku boleh dapat nombo sebegitu hebad..(hebad la bagi aku). Tapi cuti ni ape je yang aku buat?...blaja main2, time blaja tanak blaja, time tak blaja pon tanak blaja. Cuak aku nih, taon depan da spm, da besa da aku ni, Takkan SPM ko tak sedie ape2 from now?..kamon la Faiz, blaja la.....go3...ko boleh......kalau ko besungguh2 insyaAllah boleh. Kalau ko tak yakin pon ingat lah...Allah kan ade, Dia mesti tolong kau selagimane ko tak langga perintahNya. BLAJAR JOM!.......AKU NAK 11 A+... :D

Khamis, Disember 01, 2011

Akidah tu penting kawan-kawan~

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatu.....
ISLAM sebenarnya indah, kita yang menyusahkannya. Aku tetibe terpikir tentang masalah ummah kita sekarang ni. Korang rasa ape? berjudi? rempit? dan lain-lain?...Tapi bende yang aku nak bincangkan arini adalah satu perkara yang lagi besar dari tu iaitu Murtad. Ape tu Murtad?...Murtad ialah Kembali kepada kekafiran daripada keadaan beriman, baik iman itu didahului oleh kekafiran lain ataupun tidak. Dalam Al-Quran pun ade empat kali menyentuh pasal bende ni, jadi tak salah la bende ni merupakan benda yang dititikberatkan dalam agame kite ni.
Allah berfirman dalam Al-Quran:


"Dan sesiapa daripada kamu berpaling (murtad) daripada agamanya, dan mati sedang tidak percaya, amalan mereka menjadi sia-sia, di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah orang-orang Api; di dalamya mereka tinggal selama-lamanya." (2:217)


Petikan daripada sebuah Akbar tempatan
Kalau kite tengok keratan Akhbar ni, amat menyedihkan jugak la sebab orang kapir ue senang-senang je nak murtadkan orang melayu. Tengoklah apa orang yang dulunya Islam, tengok ape yang dia cakap rasa macam takde ape2. Tapi bende ni memang memberi impak yang sangat dalam kat umat Islam yang betol2 menghayati islam nih.

Statistik jugak menunjukan isu murtad ini maken berleluasa akibat dari sikap individu tu sendiri, Kepincangan akidah adalah merupakan Faktor utama, bukan la nak meletakkan kesalahan kat atas bahu siapa-siapa, kesalahan tidak patut diletakkan atas bahu ibu bapa yang mendidik, Sekiranya ibu bapa telah jenuh penat mendidik namun sikap anak itu sendiri merupakan faktor utama



Tapi InsyaAllah jike anak2 kite ni dididik dengan penuh kasih sayang dan nilai agama yang tinggi, anak2 kita semestinya akan denga cakap kite bile die meningkat dewase kelak. Betol ni tak tipu. Ni kalau anak kita dididik dari kecik dengan I-Pad la, kartun la, dan media2 lain yang diperkenalkan oleh negara barat, ia TERLALU lah amat bahaye kan anak2 kita. Kalau korang sayang anak korang, (ceh macm dah ade anak je), korang kene la terapkan nilai agama dan nilai murni sebab zaman yang akan datang ni kite tak tau camne la pulak cabaran nye. Mungkin lagi hebat dari zaman kite ni.




Al-Quran merupakan Syafa'at bagi orang yg beriman di padang Mahsyar nanti



mase anak2 kita kecik. kita gak boleh la ajar mereka cara2 nak solat( ni yg paling pnting), cara nak bace quran, berpuasa dan lain2 tu. JADI!. beringat lah eh semua, kiamat un makin hampir. iman kite lak kekadang tinggi kekadang takde. ingat. ingat sama sama.
Bos nak cekodok bole.....haha...babai...assalamualaikum

Selasa, November 29, 2011

EMpat AL-zaRqali 2011 in memoriy~

Assalamualaikum……
Kalini aku nak sembang sikit la pasal kelas aku….
4 AL-ZARQALI
Macam ni cite die…….awal taon duariusebelas aku masok dua minggu lambat daripade kawan2 aku…sebab otak aku tu lah……kene tahan kat wad….then bile aku sampai skolah je aku tengok tempat duduk diowang bagi betol2 depan sekali….pergh tak penah dalam idop aku duduk paling depan dalam kelas….aku terimalah saja tawaran tu….duk sebelah fariez~..haha
Aku mule2 takboleh terima kelas tu….rasa sangatlah janggal….apepon aku tabah je…dengan duduk sebelah minah sowing ni….lagi tambah kusut otak aku..haha..lame2 best r duk kelas ue…sume da macam family aku dalam ue…so aku lalui sampai tamat sesi 2011……


Ni Fuad Nabil, ketua kelas yang berkebajikan

Simpati kat ahli kelas,
Amat pemalu orangnya,
Mudah tersentuh seperti aku
Die geng aku time susah atau senang,
Senang cita aku minat r bkawan ngan die, haha, xde komen laen

Yang ni CL ngan Nina…no komen for them~,….haha





Yang nih plak Asyraf Shukri
Dia ketua batch,
Dia ketua rumah gak,
Ntah2 taon dpan ketua dorm…haha
Seorang yang berkepimpinan.
Mudah mempengaruhi orang la die ni..





Ini piyah merangkap ketua rumah abubakar pmpuan,
Baek orang die,
Aku suke bekawan ngan die,
Sangat melebihkan kawan dari diri sendiri,
Ade satu malam time kitowg kene conduct jamuan hari jadi bua I oleh pulak taknak makan sebab nak kemas, ak cakap nape la die ni, so aku pon tolong die,, padehal yang lain sume tengah makan, pastu aku bg die askim suh die makan sikit, kitorang push die baru dia makan, alas an tak makan sebab takot tak cukup….haha, pastu sebelom balek die cakap gutnite kat aku..meremang bulu roma..haha,,,tapi tabik r kat die , so sporting

Budak lelaki kelas Haku

Budak perempuan kelas haku....
DARI KIRI= Balqis, Aini, Hajah(sori tak nampak), Suraiya, Zuhairah, Solehah, Cidod(juga tak nampak), Ain n lastly Mecak sipenggapaibintang.....

Mereka lah yang mewarnai balik hidup aku yang asalnye sangat sunyi sejak geng2 aku kene pindah….time kaseh r kat korang…..korang baik sangat ngan aku….aku taktau nak balas dengan ape…time kasih jutajuta….haha
So ni lah kisah aku setahon kat smap taon ni…even perit kehilangan kawan tapi kita jangan sekali
-kali menidakkan takdir….dah memang takdir kita cmtuh,,,nak buat macamane lagi an…so enjoy your life….sebab kehidupan kat sekolah adalah kehidupan yang paling seronok seumur hidup.





Isnin, November 28, 2011

TANGkey- Suatu masa dahulu

Cerita ini adalah rekaan semata-mata



Malam itu sungguh mendung ditemani cahaya kilat yang tak henti menyabung. Kadangkala kedengaran bunyi guruh meriah berdentum. Dorm Hamzah riuh dengan ketawa yang tak henti-henti pecah.
“Wei nak buat apa ha malam ni”. Mard yang sedang memakai sweater belang coklatnya membuka topik.
“Ronda-ronda jom” Mel menyelit ”Kata malam last”.
Agym tersengih “Nak pegi mana lagi Mel oi, semua port kita dah takluk dah” Beng dan Zuhdee yang dari tadi asyik mndengar mp3 Sony Walkman turut tersengih.
“Tangki jom”kedengaran suatu suara sumbang yang datang dari arah pintu utama. Mata mereka tertumpu kearah Chai. Chai masuk lalu duduk selamba.
“Macam best je” Zuhdee membuka earphone nya.
“Tangki mana ni?:” Kening Beng terangkat sebelah.
“Laa takkan tangki musolla kowt” Mard yang dari tadi diam kembali bersuara sambil mengalihkan telunjuknya kearah sekolah “Tangki besar tu la”
“Laa yang tu ke?”beng buat muka pelik “bagus jugak idea tu,boleh dipertimbangkan”
“Agym gi panggil planmaker sekarang!”.
“Siape?”
“Sape lagi,Suren la” Mard merengus.
“Kat mana?”
“Panggil je la”
“Suren!Suren!” Blok A dan B kediaman Aspura bergema dengan suara nya “Mana kau!”
“Aku kat sini la”
“Mana!” Matanya tertumpu kea rah dorm Bujairami “Naik jap!”
“Ada apa?”
“Naik je la,nanti aku cite

“SEKARANG KITA GERAK IKUT KUMPULAN”
Suren mula mengatur “Sape je yang nak join
“Aku”
“Aku”
“Ana”
“Aku”
“Aku”
Suren mengangkat keningnya “Takkan enam orang je,panggil la yang lain”
“Nak panggil sape lagi?”
“Panggil la dak-dak ni”
Sekali lagi blok kediaman aspura bergema dengan suara lunaknya.
“Fitri Hanif!, Panjat! ,Acap!, Zahir!, Mes!, Hamzah jap”.
Panjat memakai kaca matanya “Ade ape?”
Ade hal jap
“Hal ape?”
“Halaqah”
“Masuk air betul la, ade ape?”
“Naik je
Jap
“Sekarang kite ada 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12 orang”. Suren mengira “Acap mana?”
“Tido la” Acap mini menyelak majalah Solusinya.
“Korang nak buat apa?” Mes mengangkat kening doublejerk.
“Tangki la”
“Bila?”
“Malam ni la” Mard membetulkan dudknya.
Bapak syok la!” Mes muka teruja “Nak join
“Ni yang aku ajak korang ni sebab tu la”
“Aku no probz, on je
Mata mereka semua tertumpu kearah Fitri Hanif yang tak duduk diam dari tadi. Semua buat muka pelik.
“Ai nep, ko nak ikut sekali ke? Outing pun tak pernahnak buat kerja-kerja cam ni pulak” Agym menyindir.
Ketawa mereka pecah.
“Kenapa? Tak boleh ke?” Anep buat-buat tak tau.
‘Boleh je,ade bran?”
“Ey mesti la, ni Anep ok
“Ye la, boleh je”



 “Okay sekarang aku, Zuhdee dengan Acap Mini jadi skuadleader, kite buat 3 kumpulan Suren semangat. “Panjat, Agym, Fitri Hanif ngan Zuhdee”
Group first kita bagi yang baik-baik”
“Baik ke?”
“Baik kot~” Serentak mereka menjawab.
“Group ke 2 kite bagi Beng, Zahir, Mes ngan Acap”
“Aku pegi lambat sikit eh, ade hal la” Beng mematikan mp3 Sony nya.
“Suka hati ko la”
“Group 3 aq, Mard, Anep Aikal, Mel ngan Iffi”
“Ni semue kaki fly la ni” Agym menyindir lagi.
Ketawa mereka kembali pecah.
“Dah2, pegi balik dorm tuka baju” Suren mengarah “Ha! Sebelum tu”
Ape?” Acap pelik.
“Ade tips-tips sebelum gerak”
Semua memasang telinga masing-masing.
“Yang pertama kalau nak panjat pakai baju warna hitam”
“oooohh”
“Lepas tu jangan pakai benda-benda yang berkilat or berkilau, bahaya”
Okke boss!”
“Dah, pegi balik dorm”
Mereka bergerak ke dorm masing-masing untuk menukar pakaian. Fitri Hanif meluru kearah loker Agym.
“Gym, pinjam baju Gym” Fitri Hanif membuka pintu loker.
“Baju ape?”
“Baju ape-ape la asalkan warna hitam”
“Amek la baju Arsenal tuh”
Fly?” Fitri Hanif buat muke pelik
Nape?, pelik?”
“Tak la, baju dia macam menarik sikit la tulisan dia” sambil menampakkan giginya.
“Tengok la baju sape
“Haha, da la kita tak pernah buat kerja-kerja macam ni, first time buat masalah, memang cuak la”
Aah doo, cuak gak la”
Ala, lek-lek suda” Mard menyampuk “Pandai-pandai la cover
“Masalah nye nak cover pun tak reti la”
Ketawa mereka pecah lagi.

MEREKA SEMUA BERGERAKKE MUSOLLA UNTUK MEMULAKAN STRATEGI. Mereka mula melangkah keluar dari pagar aspura.
“Weh, mati la kite, Ustaz Amir la!” Fitri Hanif gelabah.
Relex, relex
Relex ape nye” Hanif mengeluh.
“Kelakar la ko ni anep, jap, ko ada kamera tak?”
“Aku ada!” Zahir mengeluarkan kamera Samsung hitamnya.
“Kamera zaman bile ni? Zaman fir’aun ke?”
“Mane fir’aun pakai kamera, gune je lah”
Jap aku goreng ayat, korang diam je” Agym menutup suiz kamera.”Assalamualaikum ustaz”
“Waalaikumsalam” Ustaz Amir senyum “Nak pergi mana ramai-ramai ni?”
“Saja je, jalan-jalan tangkap gambar, maklum la malam akhir” Mard menggoreng ayat.
“Tangkap gambar ape malam-malam ni”
“Gambar bulan, bintang, matahari ke kalau ada” Agym pula menggoreng.
“Nampak ke malam-malam ni?”
“Kamera kami canggih ustaz,ada flash, tangkap gambar dengan kami jom ustaz, kenangan. Mane la tau tahun depan da tak jumpe”
“Aish, ade pulak cakap macam tu, boleh jugak, jom”
Masing-masing berlakon. Zahir mencapai kamera di tangan Agym lalu mengarahkan semua duduk dalam posisi masing-masing. “Okay satu, dua, tiga”
“Klik”
“Terima kasih ustaz” masing-masing menghulurkan tangan.
“Sama-sama, jalan elok-elok malam-malam ni, karang telanggar batu susah”
“Baik ustaz”
“Mission complete!” Mard dan Agym sengih.
“Pandai korangg goreng ayat”
“Ni Muhammad ngan Faiz la, sape tak kenal”
“Ko memang” Mel bersuara.
“Ko pun sama!”


SELEPAS ITU, MEREKA PUN MULA BERPECAH KE DALAM KUMPULAN YANG TELAH DIBERIKAN TADI.Kumpulan pertama  mula mengatur  langkah.
“Wei sebelum kita gerak aku nak bagi beberapa panduan dulu” Zuhdee memandang sekeliling.
“Ade panduan gak ke?” Panjat mengangkat kening doublejerk nya.
“Aku taktau pulak buat benda-benda ada buku panduan jugak” Fitri Hanif menyampuk.
“Dengar ni, mula-mula kita lalu highway depan koop tuh, lepas tu senyap-senyap pegi belakang bilik warden, paham?” Tanya Zuhdee.
Fitri Hanif bertanya “Hmm, lepas tu?”
“Lepas tu kita gerak sama2 tanpa berpecah lalu depan makmal kimia ngan fizik”
“Ooo”
“Dah lalu depan tu, sennyap-senyap lalu belakang terus pergi bengkel kemahiran hidup”
“Jangan kantoi dengan Arsene Wanger, mampus kita nanti” Panjat bersuara.
“Masa dah ada belakang bengkel tu, kita straight masuk longkang besar tu” Panjang lebar Zuhdee menerangkan pelan peta yang terbentang luas di hadapannya
“Takde air ke kat longkang tu?” Agym menyelit.
“Takde laa”
“Lepas tu jalan je ikut longkang tu sampai masuk pagar tangki tu”
“Nampak ke gelap-gelap ni?”
“Kau ikut je aku”
“Macam mana nak masuk de..bukan ada pagar dawai ke kat sekeliling tu?” Panjat buat muka toya.
“Ada lobang la kat belakang tu, dah sampai sana tutup mulut!” Zuhdee tegas.
“Ok boss!” Ketiga-tiga mereka sahut.
“Bagus”

SELEPAS ITU PANJAT MENGIMAMI BACAAN DOA SELAMAT SEMPENA PERTAMA KALI MEMBUAT KES. Selepas membaca doa mereka pun memulakan perjalanan.
“Bagus la kau ni nak buat benda camni pun nak baca doa” Fitri Hanif mengusik.
“Seandai kau tahu~ ” Tiba-tiba lirik lagu Sofea Jane keluar dari mulut Agym.
“Woi! Senyap la!” Zuhdee marah.
“Ala nak nyanyi pun tak boleh ke” Anip berjalan mengekori dari belakang.
“Entah la dia tu”
Mereka jalan pelahan-lahan kea rah bilik warden. Selepas itu, mereka lari dengan sekuat hati melintasi makmal Kimia dan makmal Fizik hingga sampai ke bengkel Kemahiran Hidup.
“Huh!, aku Nampak ‘Arsene Wanger’ tadi, tu yang aku suruh korang lari laju-laju tu” Zuhdee lega.
“Patut la, aku ingat ada apa la tadi” Agym letih.
“Laju gak eh kau lari Dee” Fitri Hanif sempat mengacau.
 “Aku pakai lari je tadi, dah tak ingat dunia dah”
Ketawa mereka pecah.


“Satu, dua, tiga, lompat!” Zuhdee kelihatan comel.
Anep, Agym dan Panjat ikut melompat ke dalam sebuah longkang berdekatan bengkel Kemahiran hidup itu.
“Yeay~!” Anep menggedik.
“Hey korang diam boleh tak?” Zuhdee mula berang. “Matang la sikit. Dah nak naik form four dah kan”
Ketiga-tiga mereka terdiam.
Mereka melangkah sedikit demi sedikit menyusuri longkang yang tidak seberapa besar itu. Serangga-serangga yang tadinya mula untuk melelapkan mata kembali terjaga dan mula berkeliaran di sekeliling mereka.
“Banyak jugak nyamuk kan” Agym menggaru.
Tiba-tiba deringan handphone Nokia 3310 merah Farhan Izzat membingitkan suasana yang sunyi itu.
“Apekebende tu Jat?” Tanya Anep dengan nada suaranya yang nak tak nak je keluar.
“Jap. Hello. Ni siapa?” Panjat muka berlagak dengan matanya memandang ke langit.
“#@%^#@@$&**(()?” Amoi cina yang memanggil bertanya.
“Sorry lah, salah nombor ni”. Dengan pantas Panjat mematikan telefon bimbitnya.
 Ketawa mereka pecah serentak.
“Haha!, pehal lah ko tak vibrate kan je phone kau tu, kan dah free-free je kantoi depan kitorang” Anep ketawa tak henti.
“Aku ingat cikgu Samat yang call tadi” Agym menyelit.
“Diamlah sual!” Suara tegas Zuhdee membuatkan mereka terkesima.
“Weh diamlah!” Panjat sengih.
“Okay-okay, Haha”.


MANAKALA DI SUDUT LAIN, ACAP MINI BERSAMA ANAK-ANAK BUAHNYA MASIH BELUM BERJAYA MEMASUKI KAWASAN SEKOLAH. Masih berusaha memasuki kawasan sekolah. Arsene Wanger dari tadi tidak henti-henti meronda menggunakan motosikal Honda 70 birunya.
“Kita mybe lambat sikit kot, tengok la line macamana baru kita gerak” Acap mini segera duduk.
“Weh aku rasa line dah clear la, jom la gerak”
“Ye ke?” Acap kembali berdiri.
Zahir dan Mes muka teruja. Berseri pulak muka masing-masing malam ni.
“Okeh, jom gerak” Acap mini bangun. “Buat macamana yang kita rancang”
“Baik tuan!” Kedua-dua mereka menjawab.

BENG MASIH LAGI DI ASRAMA KEDIAMAN mencari sesuatu yang dia nak tapi tak dapat-dapat lagi.
“Manalah aku nak cari menatang I-talk ni~. Puas aku round satu hostel. Haish, merajuk lagi la dia malam ni”
Mata Beng liar memandang ke seluruh pelusuk Dorm Hamzah itu. Matanya tertumpu ke arah sekeping kad yang ada gambar Upin&Ipin di atasnya berdekatan locker Mard. Dah kenal sangat dah dengan gambar itu. “Jadi mangsa aku lah kad I-Talk kau ni Mard~, hehe”


“DEE, MANA LUBANG DIA NI? AKU TAK NAMPAK APA-APA PUN” Agym mendongak memandang Tangki yang berdiri tegap dihadapannya itu.
“Dia bukan lobang” Zuhdee ligat menapak keluar dari longkang yang gelap itu.
“Kita kena pijak tebing longkang ni lepas tu cepat-cepat lompat masuk dalam kawasan pagar ni” Arah Zuhdee ringkas.
Mereka hanya ikut segala aksi-aksi yang berbahaya yang Zuhdee lakukan.
“Go anep, go Anep” Bisik hati Anep. “Zuhdee boleh buat takkan kau tak boleh kot”
Anep menguatkan semangat bagi melakukan aksi-aksi yang luar dari jangkaannya.
“Baik, sekarang gerak sorang-sorang dulu. Bila aku dah lepas je kat tangga pertama, kau lak follow Gym” Zuhdee tegas.
“Okay-okay”.
Sementara itu Anep dan Panjat tak habis-habis bergurau di bawah sebatang pokok yang agak besar di dalam kawasan kurungan pagar itu.
“Weh! Ada orang keluar la kat bilik TV tuh!” Anep member isyarat kepada Zuhdee. Mereka berempat diam membatu. Segerombolan pelajar puteri Kolej NANAS mula berpusu-pusu keluar dari bilik rehat Blok C. Baru habis tengok perlawanan bola sepak agaknya. Mereka berempat pucat semacam.
“Ni kalau kantoi ni tak berbaloi aku” detik hati Anep lagi.


(Cerita ini akan disambung dari semasa ke semasa)

Sabtu, November 26, 2011

Mampu kah kita?

nikon d3100 red



Limited-Edition-Canon-EOS-Rebel-1100D

ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH....
pergh~~....aku tak tahan la pulak tengok gamba atas ni......teringin gila nak beli.....cun la bende ni....dengan warna merah nye lagi....merah royal lak tu....tak menahan....semadd doo....tapi mampu ke akuh nak beli mendalah ni???......kalaula aku dah besar aku akan beli bende ni sepuluh....tapi ape kan daye buat mase ni aku tak mampu untuk beli sendiri benda ni...tapi kalau aku diberi pilihan...aku lagi prifer yang canon la....aku tak tau npe aku tak mnat sangat ngan nikon..mybe aku dah paham canon lebih daripada nikkon kot...tak kesah la....SEBENARNYA satu je aku nak kongsi kat sini......kita kalau tak mampu, jangan lah membazirkan duit bukan pada tempatnya..membazirkan  nama nya itu, Allah pun marah kalau mmbazir...in conclusion...beringat lah sebelum buat sesuatu keputusan....itu saja...sekian terima kasih..PEACE

Jumaat, November 25, 2011

nah...


Harap gembira berurusan dengan kami......sekianterima kasih..

Khamis, November 24, 2011

Membantu 3


SEYES TAKDA idea...ni je yang termampu...terimakasih kerana berurusan dengan kami..

Ibubapa..

ASSALAMUALAIKUM…..da makan belom…kalau da makan takpe la…baru je nak belanja…topik yang saya nak bincangkan pada detik ini ialah..mengenai IBUBAPA…saya teringat akan video salah seorang bintang pemain bolasepak dunia, iaitu Rooney. Pada suatu hari, ada seorang pakcik ni, dia Tanya la kat Rooney, “Awak pernah rasa air terjun?”, lalu Rooney menjawab, “tak, sebab mak saya tak bagi”. See, anda boleh lihat se power2 Rooney tu maen bola pon dia tetap menghormati arahan ibu nya yang tidak membenarkan dia minum air terjun. Ingat apa yang ibu bapa kita tu cakap adalah yang terbaik untuk kita. Jangan lah skali kali kite mlawan ckp diorang kerana Syurga pon ada bawah tapak kaki ibu kan. Saye ni membebel ni bukan lah nak kate yang saya ni perfect ke ape ke, saya pon sedar yang saya dah banyak buat salah kat ibu bapa saya. Jadi marilah kita sama-sama berusaha untuk menjadi anak yang soleh dan solehah. Bukan senang tapi tak mustahi (bak kate ustaz syed), so renung-renungkanlah eh kawan-kawan sekalian. Itu saja, Sekianterimakasih! ANAK YANG BAIK MENDENGAR KATA~