Tarikh aku dilahirkan
dalam kedua-dua tahun hijrah dan masihi adalah sama, 18 haribulan. Ramadhan dan
Februari. Tarikh yang begitu unik itu membuatkan aku berasa bertapa istimewanya
aku dilahirkan di bumi ini. Alhamdulillah, segala puji hanya untuk MU ya Allah,
kerana ku dilahirkan dalam keadaan sihat sempurna tanpa sebarang kecacatan.
Aku yang merupakan anak
ke dua daripada 3 adik beradik, juga adalah seorang anak tunggal lelaki di
dalam keluarga. Tanggungjawab yang besar ini tidak aku sedari sepanjang aku
menempuh alam bayi, kanak-kanak, alam persekolahan sehinggalah aku di alam
sekolah menengah. Pada tempoh masa ini, aku mula merasakan bahawa akulah
satu-satunya harapan mak ayah aku. Aku tahu mereka hendak melihat aku membesar
dan berjaya dalam setiap apa yang aku lakukan.
Okay, berbalik pada alam
kanak-kanak. Pada alam ini, sewaktu aku berusia 5 tahun, aku mula dihantarkan
oleh mak dan ayah aku di sekolah. Sekolah pertama yang menjadi tumpuan ayah aku
adalah Tahfiz bukit kuda. Tapi, aku tak bertahan lama dekat situ, 4 bulan
sahaja lebih kurang. Lagipun aku menghidapi sakit ‘benguk’ dalam sebulan macam
tu la.
“Hazim !, Hazim nak
sekolah kat situ lagi tak?” Ayah aku bertanya.
“Taknak la yah! Ajim
taknak sekolah kat situ”
Okay bermula saat itu
aku dipindahkan pula di Taska Abim, Shah Alam. Alhamdulillah, aku semakin
selesa di situ. Kawan-kawan mula mengenali aku. Bermain bersama, gelak bersama.
Apa yang aku masih ingat, rakan yang aku rapat ada 3 orang. Ahnaf Nassai’e,
Salman, dan Nurshareena. Aku sering bermain dengan mereka la. Akademik dan
sahsiah aku semakin menyerlah dan menarik perhatian guru-guru di situ. Sewaktu
aku berumur 6 tahun, aku diberi kepercayaan oleh guru besar di situ sebagai
ketua murid. Akademik aku pun selalu mendapat yang terbaik dalam setiap ujian.
Pada akhir tahun 2001, aku dianugerahkan sebagai seorang daripada 3 pelajar
cemerlang daerah Shah Alam. Aku sangat gembire dapat membuatkan ayah dan ibu
aku bangga dengan aku. :)
Aku kemudiannya
dihantarkan ke sebuah sekolah rendah integrasi di sekitar kawasan Shah Alam.
Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 19 Shah Alam. Aku dilantik sebagai ketua
kelas di kelas yang pertama daripada 7 buah kelas. 1 Limau. Aku pernah
discandal kan dengan Nurin Jeslina, penolong ketua kelas 1 Limau, tetapi pada
masa itu, aku lebih berminat kepada Young Kamila, senyumannya yang manis
membuatkan aku terjatuh! haha! Cinta budak-budak. Satu perkara yang aku masih
ingat adalah ketika guru kelas kami merajuk dengan kami, lalu berlari keluar
dari kelas dan masuk ke dalam tandas sambil menghempas daun pintu! Wow! Dashat
kan?.. emm, biasalah, budak-budak, nakal la sikit. Dan aku juga pernah didenda
duduk bersila di luar kelas kerana tidak siap kerja sekolah. Muka kami
diconteng dengan pen marker whiteboard seperti misai kucing. :) Malu juga masa
tu. Tetapi, cikgu memberikan kami syarat sekiranya kami hendak masuk ke dalam
kelas. Syaratnya ialah, MENANGIS! . haha. Aku dengan bijaknye menjolok tekak
hanya untuk menimbulkan rasa mual supaya air mata boleh mengalir! Ahaaahaa.
Bijak bukan? Dan sebab itu jugalah aku dilepaskan daripada hukuman tersebut.
“Faiz! Awak boleh
masuk!”
“Terima kasih Cikgu!”
Weeeeee~

Setahun berlalu, dan aku
sekarang berada di darjah 2. 2 Tekun. Masih kelas yang pertama. Pada zaman ini
lah aku mula berjinak-jinak hendak bermain. Pelajaran aku mula merosot sedikit.
Pada waktu itu, kereta DASH, dan BAYBLADE sangat popular dalam kalangan pelajar
sekolah. Aku tertarik dengan kawan aku yang mempunyai permainan BAYBLADE
sendiri. Jadi aku meminta wang dari Ayah untuk membeli mainan tersebut. 5
Ringgit cukup besar bagi aku pada waktu itu. Aku dengan bangganya memberikan
duit itu kepada rakan aku untuk membelikan aku mainan yang sama di kedai yang
berdekatan. Namun, rakan aku itu tidak dapat membelikan mainan itu kepada aku
dengan alasan mainan itu sudah habis. Duit aku dipulangkan. Keinginan aku untuk
memiliki apa yang rakan-rakan aku perolehi semakin membara! ‘Pensil tekan!!’…
aku tertarik dengan pensil tekan, kerana sebelum ini aku hanya mempunyai pensil
kayu. Jadi aku dengan bijaknya pergi kekedai buku untuk membelinya. Harga
pensil tekan itu adalah RM 2.50. Oleh kerana aku tidak tahu untuk mengira
berapa bakinya, aku memesan dua pansil tekan. Okay dah takde baki, senang kerja
aku. HAHA! Duit 5 ringgit aku lesap dan kini aku mempunyai dua batang pensil.
Aku boleh menunjukkan pensil itu kepada kawan-kawan aku, tak sabar nak pergi
kelas. :p
To be continue :)